Sabtu, 14 Januari 2023

PERLU SIHAT BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA

 
Kesihatan adalah nikmat terbesar. Kalau sihat, banyak perkara atau tugas boleh dilakukan dengan mudah. Buat itu dan ini tanpa alami kesukaran.
 
Memanglah kesihatan dan kekuatan kita akan berkurangan apabila bilangan tahun hidup semakin bertambah. Itu tanda umur kita semakin berkurangan. Tiket sudah ada, tetapi belum ada tarikh lagi. Kata orang, tiket terbuka yang tidak dicatatkan tarikhnya.
 
Sebenarnya, kita perlu sihat bukan untuk kita sahaja. Banyak perkara kita boleh gunakan kesihatan untuk kebaikan orang lain, terutama kepada kedua ibu bapa.
 
Kalau kita tidak sihat, dan ibu bapa juga tidak sihat, tentu sekali keadaannya amat menyulitkan.
 
Jagalah kesihatan bukan untuk kebaikan diri kita sahaja, tetapi untuk terus melakukan kebaikan, terutama kepada ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan