Ini kisah benar-benar terjadi. Kisah isteri
ambo (saya) pada satu malam. Peristiwa berlaku kira-kira pukul tiga pagi.
Keadaan cuaca pada pagi itu agak dingin.
Kisah ini diceritakan oleh isteri ambo
selepas sembahyang Subuh. Maknanya, peristiwa malam itu tidak diketahui oleh
ambo walaupun kami tidur bersama. Peristiwa ini tidak melibatkan ambo.
Menurut cerita isteri ambo, malam itu
kira-kira pukul tiga pagi, dia tidak dapat tidur. Bahagian lengan tangan kanan berasa
bersenyut-denyut dan sakit. Kerana menahan kesakitan itu dia tidak dapat tidur.
Cuba disapu minyak ubat, tetapi keadaan tidak berubah juga. Terus sakit dan
semakin sakit.
Katanya lagi, dalam menahan kesakitan itu,
dia teringat akan stoking Aulora yang sedang dipakainya. Lalu ditanggalkan
sebelah stoking yang dipakai itu.
Beritahunya lagi, selepas itu baharu dia
boleh tidur biarpun masih rasa bendenyu-denyut bahagian sakit itu. Lenanya
sehingga waktu Subuh.
Tentu ada yang tertanya-tanya adakah rasa
sakit itu disebabkan pakai stoking dan hilang apabila ditanggalkan stoking itu?
Sebenarnya begini, stoking yang
ditanggalkan itu disarungkan pula ke tangan yang sakit. Jadi, rasa sakit itu
hilang setelah pakai stoking. Tentang punca sakit itu tidak dikenal pasti.
Disebabkan mujarab penggunaan stoking...
pagi ini ambo terus beli enam pasang lagi.
Sekian ceita ambo kisah atas katil pada
malam hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan