Jawatan adalah tanggungjawab. Melalui
jawatan kita boleh melakukan tanggungjawab mengikut ruang lingkup tugas yang
diamanahkan. Tidak ada apa keistimewaan. Pun begitu, tanpa jawatan pun kita
boleh menyumbang mengikut kemampuan dan kesesuaian.
Ambo sebenarnya tidak ada jawatan sejak
2003 sehingga 2018, tetapi ada tugas yang dilakukan mengikut apa yang mampu.
Ada orang menganggap ambo ada jawatan apabila sering hadir pada majlis parti.
Tetapi hakikatnya ambo tiada apa-apa jawatan dalam parti pada ketika itu. Sekadar
membantu dalam urusan berkaitan gambar dan media.
Hanya pada 2018 sehingga sekarang ambo
menjadi Pengerusi Tetap Bahagian. Itupun tugas hakiki ambo hanya sekali setahun
mengendalikan mesyuarat selama kira-kira sejam sahaja. Dengan kata lain, ambo
hanya bertugas selama sejam dalam setahun. Namun, setakat mana tugas-tugas lain
yang mampu dilakukan, ambo terus membantu apa yang seadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan