Selasa, 28 Mac 2023

NAIK VAN JENAZAH DITANGKAP TIDAK BERPUASA

 
Banyak kes mereka yang ditangkap tidak berpuasa akan menaiki van jenazah untuk dibawa ke pejabat penguat kuasa agama sebelum dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan itu dilihat sebagai bertujuan untuk memberi keinsafan kepada pelaku yang tidak berpuasa.
 
Bagaimanapun, pihak penguat kuasa disarankan tidak terlalu ghairah untuk melakukan “hukuman” kerana mereka yang ditangkap itu belum lagi dibicarakan dan belum didapati bersalah olah mahkamah.
 
Mungkin terdapat pelaku yang tidak berpuasa ada alasan tertentu yang diharuskan atau dibenarkan oleh syarak. Justeru, perbicaraan atau penyiasatan yang teliti perlu dilakukan sebelum sesuatu hukuman dikenakan kepada si dituduh.
 
Terdapat golongan yang dibenarkan tidak berpuasa:
- Orang dalam musafir
- Orang yang menjalani prosedur perubatan
- Orang yang sakit
- Wanita hamil atau sedang menyusukan anak
- Mereka yang terpaksa melakukan tugasan tertentu yang mana tidak mungkin dapat diteruskan tugasan itu jika dia terus berpuasa
 
Berdasarkan kepada fakta tersebut adalah tidak patut terus dijatuhi hukuman bersalah kepada orang tidak berpuasa melainkan setelah diketahui sebab dia tidak berpuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan