Rabu, 29 Mac 2023

PAKAI BOXER DI KEPALA RAWAT RASA PENING

 
Tengok pada gambar, ada seorang sahabat komen kata macam banduan tunggu hukuman gantung. Sekali tengok memang ada ciri-cirinya.
 
Sebenarnya, itu fesyen pakai boxer di kepala bertujuan merawat rasa pening. Ini bukan sebarang boxer yang biasa-biasa. Ini adalah Aulora Boxer.
 
Aulora Boxer secara prinsipnya memang dipakai sebagai seluar dalam. Namun, jika diletakkan pada bahagian badan, ia tetap memberi kesan kebaikan.
 
Sebab itu, ambo pakai di kepala untuk merawat masalah rasa pening kepala. Alhamdulillah, rasa pening kepala hilang.
 
Pemakaian sebenarnya tidaklah tutup habis. Macam mana hendak melihat. Lainlah kalau semasa tidur.
 
Pakai sahaja sehingga paras dahi. Selesa. Rasa macam pakai kopiah atau tarbus.
 
Komen sahabat, jangan pula tertukar pakai di atas dan di bawah. Betul juga tu. Tetapi komen sahabat lain, apa masalah hok sendiri.
 
Fikir sendirilah. Apa yang penting rasa pening hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan