Jumaat, 31 Mac 2023

AULORA BASIC TOP KAWAL DENYUTAN JANTUNG

 
Ada satu komen sahabat di kumpulan WhatsApp yang menulis: “Saya kena hyperthyroid. Kesan denyutan jantung dan nadi laju. Sehingga capai 170.. Cepat letih. Berpeluh. Alhamdulillah, selepas pakai baju (baju Aulora) selama 2 minggu saya dapat rasa perubahannya. Kelmarin cek doktor kata normal.. Alhamdulillah
 
Baju Aulora (Aulora Basic Top) direka menggunakan Fiber Kodenshi® berpaten dari Jepun, yang mengintegrasikan seramik ultrahalus ke dalam setiap benang untuk membantu mengekalkan suhu badan, memastikan kebolehnafasan maksimum, dan membekalkan keselesaan optimum. AULORA BASIC TOP with Kodenshi® sememangnya pakaian berfungsi masa depan.
 
Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. 

Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. 

Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.
 
Antara punca berlaku kadar denyutan jantung laju ialah disebabkan penyakit hipertiroid.
 
Hipertiroid adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Kelenjar tiroid terletak di leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang mengawal banyak aktiviti di dalam badan kita.
 
Antara fungsi kelenjar tiroid termasuk mengawal kadar kalsium di dalam darah, menguatkan metabolisme, merangsang aktiviti jantung, sistem saraf dan mengawal suhu badan.
 
Hipertiroid biasa berlaku di mana perempuan menghidapi penyakit ini 3 kali lebih banyak berbanding lelaki.
 
Antaranya simptom hipertiroid termasuklah kegugupan, berpeluh, letih, dan degupan jantung yang laju atau melangkau irama jantung tidak normal.
 
Simptom yang lain adalah mata tidak selesa, penurunan berat badan, sensitif pada panas, dan pergerakan usus yang kerap atau cirit-birit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan