
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itu resam kehidupan. Tarikh 18 Mac 2023 adalah tugas terakhir
ambo selaku Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kota Bharu Penggal 2018-2021 setelah
menang tanpa bertanding pada pemilihan tahun 2018. Ambo mengemukakan borang calon
untuk jawatan tersebut ketika UMNO hilang kuasa.
Apapun badai melanda, kesetiaan kepada UMNO
digalas dengan rasa keinsafan bahawa itu adalah satu tanggungjawab demi agama
dan bangsa. Jawatan adalah amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan selagimana
ia disandang.
Menyedari bahawa perjuangan perlu
diteruskan dan masih ada sisa-sisa khudrat yang boleh disumbangkan, ambo mengemukakan
borang calon untuk jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kota Bharu 2023-2026.
Sekali lagi ambo diiystiharkan menang tanpa bertanding.
Kemanangan tanpa bertanding bukan satu
kebanggaan, tetapi amanah yang perlu dipikul yang perlu diutamakan. Banyak
orang yang sebenarnya lebih layak, tetapi mereka memberi peluang kepada ambo.
Mohon sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan seperjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan