Semasa ambo (saya) bertugas di Sabah dahulu
sempat merasai buah tarap, terutama ketika berkujung ke kawasan pedalaman
Sabah. Isteri ambo sempat tinggal di Sabah biarpun datang kemudian, tiada
pengalaman makan buah tarap sepanjang tinggal di sana.
Semasa hadir majlis perkahwinan anak
saudara lelaki ambo yang berkahwin dengan orang Kampung Pasir Putih Baharu,
Tawau, isteri minta hendak makan buah tarap. Sebenarnya pada masa kunjungan
tersebut bukan musim buah tarap. Memang tahu sukar untuk mendapatinya.
Sepanjang perjalanan dari Tawar ke Ranau
berhenti di kedai-kedai yang menjual buah. Namun tidak ada menjual buah tarap.
Nasib baik di sebuah kedai menjuah buah di Kampung Check Point Batu 38 Jalan
Tawau – Semporna ada menjual beberapa biji buah tarap.
Melihatkan buah tarap
itu, terdetik di hati bahawa ia tidak elok. Macam buah muda yang sudah lama
diperam. Pun begitu kerana tidak mahu terlepas peluang dapat makan buah tarap,
dibeli juga dengan harga RM10 sekilo.
Sampai di Ranau (rumah adik) terus dikopek buah tarap
itu. Seperti dijangka, isinya tidak elok. Buah muda dengan keadaan isi kecil dan
hampir busuk. Tiada rezeki.
Buah tarap adalah buah
tempatan paling popular di Sabah. Buah tarap atau dipanggil juga buah lumuk,
buah timadang, buah madang, buah pingan dan buah marang di kalangan penduduk di
Borneo dianggap buah istimewa.
Pokok tarap tumbuh subur di
kawasan beriklim tropika dan mudah didapati di Borneo, termasuk Sabah. Ia
berbentuk bulat an beratnya bolah sampai satu kilogram.
Kebiasaannya buah yang
masih muda mempunyai kulit berwarna hijau pekat, manakala buah yang sudah masak
pula mempunyai kulit berwarna hijau kekuningan.
Buah tarap yang sudah masak
sangat mudah dikopek untuk diambil isinya. Sekali pandang, bentuk luaran
buah ini seperti cempedak dan nangka, tetapi bentuknya lebih bulat.
Isi buah tarap pula
berwarna putih susu. Mereka yang mahu makan buah tarap hanya perlu
menggunakan tangan untuk membelah kulit atau mengopeknya dan mendapatkan
isinya.
Jika dahulu, buah tarap
mudah didapati dan kebiasaannya dijual oleh penduduk kampung pada harga yang
murah. Namun disebabkan permintaan yang tinggi, buah tarap kini ada yang dijual
melebihi RM20 sebiji. Harga biasa sebiji antara RM5 hingga RM10. Buah tarap
banyak didapati bermula Disember sehingga Febuari.
Selain rasa manis apabila masak,
buah tarap yang mentah juga boleh dipotong kecil-kecil untuk dimasak sebagai
sup sayur yang dicampur ikan masin atau daging lain.
Selain itu, buah tarap yang masak boleh dicampur dengan adunan tepung untuk
dijadikan kuih. Biji tarap juga boleh dimakan jika dimasak.
Mudah kata, kepada mereka
tidak pernah melihat buah dan merasai buah tarap, ia bolehlah disamakan dengan
buah cempedak dan nangka, walaupun jauh berbeza.
Sebenarnya, pokok tarap
juga terdapat di Semenanjung. Namun dipanggil pokok terap. Kulit batang terap
boleh diproses dijadikan tali. Di Kedah terdapat daerah dinamakan Padang
Terap.
Tetapi terap di Semenanjung tidak terkenal kerana buahnya kecil dan isi juga
amat kecil. Jadi, buah terap di Semenanjung tidak boleh atau tidak sesuai dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan