Selasa, 14 Mac 2023

PULAU TIMBA TIMBA SEMPORNA SABAH

 
Pulau Timba Timba merupakan antara salah satu lokasi pulau-pulau yang sangat cantik di Daerah Sempurna, Sabah. Pulau Timba Tmba yang memiliki keunikan tersendiri, pasir putih seluas mata memandang, air laut kebiruan yang memukau setiap pandangan. Pulau ini juga termasuk dalam kawasan "Semporna Marin Park".
 
Jika membuat lawatan ke pulau-pulau di Semporna, Pulau Timba Timba wajar disenaraikan antara pulau yang perlu dilawati biarpun sekejap.
 
Lokasi Pulau Timba Timba dari jeti di pekan Semporna mengambil masa selama 30 minit hingga 40 minit menggunakan bot laju. Untuk pergi ke sana perlu terlebih dahulu membuat tempahan dan pendaftaran masuk ke pulau melalui agen atau syarikat pelancongan.
 
Pulau Timba Ttimba sebenarnya pulau benteng pasir. Pada waktu air pasang, kawasan ini sebahagiannya akan tenggelam. Kunjungan anda pada waktu air surut akan membolehkan anda berada di atas permukaan pasir yang sedikit masih ada air dan sebahagian lain yang lebih tinggi akan kering sepenuhnya.
 
Kawasan pantai yang air cetek memberikan satu pemandangan yang indah dan cukup mempersonakan. Kunjungan di sini lebih kepada untuk bergambar. Tiada pokok di pulau ini kecuali pada hujung tanjung.
 
Di kalangan pemandu pelancong akan menyebut “bahagian hadapan pulau” sebagai kawasan pulau untuk bergambar atau melakukan aktiviti di daratan.
 
Manakala “bahagian belakang pulau” pula untuk melakukan aktiviti selam snorkel (snorkeling). Untuk pergi ke “bahagian belakang pulau” perlu menaiki bot walaupun ia berada di pulau sama kerana perlu melalui kawasan pantai yang jauh dan ada batu karang jika berjalan merentas dari “bahagian hadapan pulau”.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan