Hari
ini hari Selasa. Biasanya, pada setiap Ahad, Selasa dan Khamis ambo akan pergi
ke rumah mek (ibu) pada pukul 10 pagi untuk ambil dia dan kemudian membawanya ke
pusat hemodailisis.
Pukul
2.30 petang pula ambo akan berada di pusat hemodialisis untuk mengambil mek dan
menghantar kembali ke rumah.
Selepas
rawatan atau proses hemodialisis selama 4 jam, mek perlu makan. Perlu pulihkan
kembali tenaga selepas proses homodialisis yang agak lama, biarpun hanya perlu
berbaring di katil.
Sesampai
sahaja di rumah, terus sahaja hidangkan makan kepada mek. Sediakan air mimum
dan air basuh tangan. Mek tidak mampu sediakan sendiri disebabkan kekangan keadaan
fizikal yang tidak dapat berdiri dan berjalan sendiri.
Biasanya
ambo akan terus balik dan meninggalkan mek di bawah pengawasan adik (Radiah) atau
adik ipar (Khairi) yang ada di rumah. Adik atau adik ipar lain pun kerap
bersama. Malah cucu-cucu mek pun terlibat sama.
Hanya
kadang-kadang ambo akan tunggu atau makan bersama. Mek suka anak, menantu dan
cucu makan bersamanya.
Satu
kenangan. Mek sudah kembali menemui pemilik abadi. Rutin yang tidak dapat ambo lakukan
lagi. Semoga mek tenang di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan