Sakit dan sembuh itu ketentuan Allah. Tetapi,
setiap sakit dan sembuh ada bersebab. Allah telah tetapkan sebab mengapa
sesuatu itu berlaku.
Sesungguhnya, setiap penyakit tentu ada
ubatnya. Tetapi, kita tidak tahu yang mana ubatnya. Sebab itu, ada pepatah
mengatakan mencegah itu lebih baik daripada berubat.
Kalau sudah mengidap penyakit kronik,
proses rawatan memang rumit. Kebanyakan penyakit kronik sukar untuk diubati atau
pulih seperti sebelumnya, kecuali dalam kes tertentu yang pesakit bernasib baik
pulih sepenuhnya.
Justeru, pengidap pesakit kronik perlu
hidup bersama sakit dan masalah kesihatan sepanjang hayat. Pesakit perlu
melalui proses rawatan atau mengambil ubat secara berkala tanpa gagal.
Jika pesakit masih menjaga diri sendiri
atau berdikari untuk mendapat rawatan di hospital atau menentukan jenis makan
ubat seperti disarankan oleh pihak doktor, itu dikira satu keadaan yang
bernasib baik.
Sedangkan kebanyakan pesakit kronik
terpaksa bergantung dengan pertolongan individu lain, terutama ahli keluarga.
Di sinilah pentingnya ahli keluarga mengetahui proses rawatan, pengambilan
ubat, pemakanan dan perkara-perkara boleh dan tidak boleh untuk pesakit.
Ahli keluarga juga perlu peka kepada
perubahan tahap kesihatan pesakit. Jangan bertangguh menghantar pesakit ke Unit
Kecemasan dan Trauma di hospital berdekatan jika ada perubahan kesihatan yang
lebih menjurus kepada keadaan lebih buruk. Kelewatan mungkin boleh membawa
maut.
Justeru, berilah perhatian apa-apa yang
perlu berkaitan pesakit kronik. Jangan ambil mudah kerana ia memberi kesan yang
buruk kepada pesakit.
Baca juga:
18 April – Tidak raya pun tidak mengapa asal mek kembali sembuh
19 April – Anak cucu tunggu mek balik raya
20 April – Belum pasti hari mek akan sedar
21 April – Persiapan raya ikut pesan mek
22 April – Serbu Wad 4 Timur Hadapan
23 April – Mak lawat mek
24 April – Selepas seminggu ditidurkan mek sudah buka mata
25 April – Cara menjaga pesakit kronik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan