Khamis, 20 April 2023

BELUM PASTI HARI MEK AKAN SEDAR

 
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengiystiharkan bahawa 1 Syawal tahun ini jatuh pada 22 April 2023. Maka terjawablah teka teki yang terperangkap di minda rakyat Malaysia sama ada sambutan Aidilfitri pada 21 April atau 22 April.
 
Namun, 16 anak, 16 menantu dan 80 cucu masih belum ada jawapan bila mek ambo (ibu saya) akan sedar daripada ditidurkan.
 
Sejak 16 April mek ditidurkan kerana beberapa komplikasi kesihatan yang boleh mengancam nyawa. Kami menerima apa sahaja usaha dilakukan pihak doktor. Tidak perlu pertikai atau prejudis terhadap usaha pihak doktor yang pakar dalam bidang masing-masing. Soal ajal maut di tangan Allah. Kita berusaha mengikut apa yang mampu.
 
Untuk persiapan raya, apa yang mek “rancang” atau sebut sebelum ini akan dibuat. Nasi dagang yang mek cadangkan itu akan dibuat. Begitu juga dengan ketupat juga akan dibuat. Anak menantu dan cucu menunaikan apa yang mek inginkan biarpun mek tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama.
 
Dan seperti biasa anak menantu dan cucu mek akan melawat mek biarpun dalam keadaan mek tidak sedar. Biarpun sekajap akan diusahakan. Disebabkan tidak dapat masuk sekali gus bersama-sama, hanya seorang sahaja boleh melawat pada satu-satu masa, melihat dari jauh di sebalik cermin kaca pun cukuplah.
 
Semoga mek cepat sedar dan dapat kembali ke pangkuan anak menantu dan cucu. Tidak kisahlah tidak dapat sambut 1 Syawal bersama.
 
Hari-hari lain pun boleh mengembirakan bersama mek. Gembira itu di hati. Tidak ada prasyarat hari atau masa tertentu sahaja untuk bergembira.
 
Bergembiralah kerana gembira itu percuma. Kita yang tentukan sama ada hendak bergembira atau berduka.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan