Jangan bandingkan diri kita dengan orang
hebat kalau itu menyebabkan kita rasa lembik dan tidak berguna. Sebenarnya diri
kita juga hebat dan boleh lebih hebat berbanding orang lain.
Jangan bandingkan diri kita dengan orang
serba kekurangan kalau itu menyebabkan kita rasa selesa dengan apa yang kita
ada, apatah lagi berbangga atau sombong dengannya. Sesungguhnya antara musuh
orang berjaya ialah apabila di dalam dirinya ada sikap sombong
Kita tahu dan kenal diri sendiri. Bertindaklah
sewajarnya agar kita selalu rasa bermotivasi dan bersemangat memajukan diri
kita dan orang sekeliling. Jadikan diri kita dapat memberi manfaat kepada orang
lain.
Jangan mudah berasa kecewa dan dan putus
asa dengan apa juga cabaran yang datang. Perjuangan tetap diteruskan. Tiada
titik akhir dalam perjuangan kecuali mati.
Mati itu pasti. Jadi, jangan takut mati.
Jangan disebabkan ingatkan mati menjadikan kita lupa tugas di dunia. Dunia
adalah ladang untuk kita mencari bekal hidup di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan