Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Abdul Halim (IPG KSAH) mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 1979. Pada
mulanya institut ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sungai Petani kemudian
ditukar kepada Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.
Pada April 2006, selaras dengan pengumuman
peningkatan taraf institut perguruan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohd. Najib Tun Abdul Razak, nama Institut Perguruan Sultan Abdul Halim telah
ditukarkan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim.
Fungsi IPG adalah untuk melatih bakal-bakal
guru, guru-guru pra perkhidmatan dan guru-guru dalam perkhidmatan untuk
meningkatkan kompetensi dalam perkhidmatan.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Abdul Halim berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dibina dalam
Rancangan Malaysia Ketiga yang dibiayai melalui pinjaman dengan Bank Dunia.
Ketika
proses pembinaan kampus di Sungai Petani, Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim memulakan operasi di Pulau Pinang dengan nama Maktab Perguruan
Jalan Northam.
Perpindahan
kampus dari Jalan Northam ke Sungai Petani bermula pada pertengahan tahun 1979
dan serentak dengan itu ia mula dikenali dengan nama Maktab Perguruan Sungai
Petani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan