Jalan Raya Timur Barat (lebih dikenali
Lebuh Raya Timur Barat) merupakan laluan penting menghubungkan kawasan utara
Semenanjung dengan Pantai Timur. Sebelum adanya jalan raya ini, mereka dari Pantai
Timur, khususnya Kelantan yang ingin ke Kedah atau utara Semenanjung perlu
melalui atau memasuki negara Thailand. Jika tidak mahu melalui Thailand,
kenalah terlebih dahulu “turun” ke Kuala Lumpur dan kemudian “naik” ke utara.
Jalan Raya Timur Barat fasa satu
adalah satu laluan jalan 2 lorong yang dibina pada tahun 1970 dan dibuka secara
rasmi pada tahun 1982. Kos asal pembinaan adalah sekitar RM85 juta telah
meningkat kepada RM205 juta akibat disabotaj oleh pihak komunis sewaktu
pembinaan.
Pembinaan jalan ini dibuat oleh pihak
Jabatan Kerja Raya Malaysia bertujuan memendekkan perjalanan dari Kota Bharu ke
Alor Star yang sebelum ini mencecah sejauh 1000 kilometer, membangunkan kawasan
terpencil serta memotong laluan perjalanan komunis ke selatan Thailand.
Laluan fasa pertama menghubungkan pekan
Gerik di Perak dengan Jeli di Kelantan dengan jarak 123 kilometer.
Pembinaan jalan raya ini termaktub dalam
Program Keselamatan Pembangunan (KESBAN) iaitu satu usaha khusus kerajaan
membangunkan kawasan luar bandar dalam usaha memerangi kegiatan pengganas
komunis
Jalan ini merentasi Banjaran Bintang
dan juga Banjaran Titiwangsa dan pendakian ini akan ke sampai ke aras
tertinggi iaitu sekitar 1100 meter daripada aras laut.
Terdapat lima jambatan yang dibina
dari Gerik ke Jeli iaitu Jambatan Sungai Rui sepanjang 256 meter, Jambatan
Temenggor Barat (880 meter), Jambatan Temenggor Timur (640 meter), Jambatan
Sungai Pergau Atas (159 meter) dan Jambatan Pergau Bawah sepanjang 158 meter.
Jalan Raya Timur Barat melalui sebuah tasik
buatan hasil pembinaan Empangan Hidroelektrik Temenggor. Akibat peningkatan
paras air yang asalnya kawasan tersebut hanya sungai, kemudian bertukar menjadi
tasik, maka terbentuklah pulau yang kini dikenali Pulau Banding.
Ketika proses pembinaan, ia dilakukan
secara serentak dari kedua dua tempat iaitu dari Jeli dan juga Gerik. Kem utama
telah diwujudkan di kedua dua tempat bagi menempatkan pekerja Jabatan Kerja
Raya dan juga unit tentera yang akan mengawal jalan ini ketika dibina bagi
setiap kilometer.
Terdapat 5 batalion infantri kerahan
Askar Wataniah (AW) yang diwujudkan bagi mengawal laluan ini ketika dibina
iaitu Batalion 301 AW, Batalion 302 (AW), Batalion 303 (AW), Batalion 304 (AW) dan Batalion 305 (AW).
Pada 21 Mei 1974, satu serangan pengganas
komunis telah merosakkan 63 unit jentera berat dan pada 27 Ogos 1974, seramai 3
orang petugas JKR telah terbunuh semasa bekerja.
Seramai 116 pahlawan dari unit
keselamatan telah gugur antara tahun 1968 -1989 semasa pembinaan jalan raya ini
dijalankan.
Jalan ini dibuka secara rasmi pada 1
Julai 1982 dan hanya boleh dilalui pada waktu siang sahaja dengan iringan
anggota tentera dan orang awam dilarang sama sekali menggunakan jalan ini pada
waktu malam.
Sekatan ini telah dimansuhkan pada tahun
1989 selepas perjanjian damai ditandatangani di Haatyai.
Fasa kedua laluan ini melibatkan sambungan
dari pekan Gerik, Perak ke pekan Kulim di Kedah dimulakan pada tahun 1993 dan
seterusnya menyambungkan laluan ini melalui Butterworth-Kulim Expressway.
Jalan Kulim – Baling telah dimulakan pembinaan
terlebih dahulu, diikuti dengan laluan menyambungkan pekan Titi Karangan ke
Gerik.
Secara amnya, jalan ini boleh menyambungkan
Kampung Tok Kamis di Pasir Putih Kelantan dengan Seberang Jaya Pulau Pinang.
Hentian Royal Belum Amanjaya
Pulau Banding
Tasik Temenggor
Sejarah Jalan Raya Timur Barat
Hentian Puncak Titiwangsa
Hentian Perah
Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan