Jumaat, 27 Oktober 2023

JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK

 
Jelawang Pipe Resort & Extreme Park lokasi tarikan pengunjung di Kampung Sungai Batu, Jelawang. Terletak di daerah Dabong, Jajahan Kuala Krai, kem rekreasi ini semakin dikenali dan mendapat sambutan ramai.

Kawasan rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan lasak, ATV, buai besar, anjung air terjung, musang terbang, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan tempat penginapan untuk disewa.
 
Turut disediakan untuk disewa ialah motosikal yang memberi peluang pengunjung pergi ke tempat tarikan lain di Dabong secara santai sambil menikmati suasana kampung dan ladang kelapa sawit.
 
Lokasi Jelawang Pipe Resort & Extreme Park sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama keluarga dengan kemudahan asas yang disediakan.
 
Suasana yang damai dengan aliran sungai jernih serta memiliki udara yang segar menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara.
 
Bagi warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat kerja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan