Isnin, 12 Februari 2024

LEBAH MATI SELEPAS SENGAT MUSUH

 
Setiap binatang mempunyai cara mempertahanan diri, termasuk lebah. Serangga penghasil madu ini biasanya akan menyengat binatang lain maupun manusia ketika berasa terancam, namun lebah akan mati setelah itu.

Pada dasarnya lebah tidak menyengat karana agresif. Lebah hanya akan menyengat jika berasa perlu mempertahankan diri.

Menariknya, ternyata tidak semua jenis lebah mampu menyengat. Sebenarnya, lebah jantan tidak boleh menyengat.

Sebuah sarang lebah biasanya dihuni ratusan lebah jantan, satu ratu lebah betina yang sangat aktif bereproduksi, dan 20 hingga 80 ribu lebah lebah pekerja yang semuanya betina. Lebah pekerja tidak boleh bertelur biarpun dikategorikan sebagai lebah betina.

Sengat pada lebah terletak di hujung perutnya, bersama bahagian akhir pencernaan, kantong sengat, dan saraf Ganglion. Tubuh lebah madu terbahagi bahagian atas kepala, dada, dan perut dengan 9-10 bahagian.

Pada bahagian hujung perut lebah, terdapat otot retraktor dan protaktor yang akan mendorong dan menarik jarum sengatan ke musuh. Kemudian, ada bahagian seperti mentol lampu yang berfungsi sebagai struktur penyimpan racun.

Jarum penyengat pada lebah berbentuk runcing dan memiliki rongga. Jarum sengat pada lebah pekerja mempunya duri menyamping bergerigi yang berbentuk seperti tombak.

Lebah pekerja akan segera bersiap menghentakkan sengatan ke musuh ketika berasa terancam. Jika lawan lebah berkulit tebal, lebah ini akan membuat dorongan yang lebih kuat dengan bantuan kaki serta otot perutnya.

Ketika jarum sengatan menempel ke tubuh lawan, kantong racun akan melepaskan isinya melalui saluran di alat penyengat. Kemudian, otot retraktor akan membantu gerakan balik batang jarum penyengat.

Ketika berusaha menembusi sasarannya, alat penyengat lebah bergerak secara berpusing dan searah jarum jam. Namun bentuk jarum sengatan pada lebah berduri, kebanyakan lebah akan sukar melepaskan diri setelah menyerang.

Ketika jarum sengatan lebah menempel di kulit musuh, lebah akan mencuba berbagai cara untuk membebaskan diri. Namun, dalam proses ini biasanya bahagian bawah perut lebah boleh pecah.

Berbagai unsur racun di dalam tubuh lebah akan tertinggal dengan jarum sengat yang tertanam kuat. Namun, kerana muncul lubang ketika perutnya pecah, lebah akan mati.

Tindakan ini sebenarnya merupakan proses autotomi, yakni ketika suatu organisme meninggalkan bahagian tubuhnya. Autotomi berfungsi untuk menghindari pemangsa atau ancaman bahaya lainnya, seperti halnya cicak yang juga melakukan autotomi.

Namun, proses autotomi yang terjadi pada lebah dan cicak ini berbeza. Lebah pekerja tidak boleh tetap hidup setelah menyengat musuhnya.

Sementara itu, ratu lebah dan lebah jantan tidak mempunyai gerigi di jarum sengatnya. Hal ini membuat ratu lebah dan lebah jantan boleh melepaskan diri lebih mudah setelah menyengat musuh.

Ratu lebah juga cenderung menyengat ancaman yang berisiko menyingkirkan keberadaannya sebagai ratu saja. Sementara itu, lebah pekerja biasanya menyengat musuhnya untuk mempertahankan koloni mereka, termasuk dari serangan manusia.

Walau lebah tahu selepas menyegat akan mati tetapi mati demi mempertahankan hak adalah kematian yang mulia.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan