Rabu, 31 Januari 2024

MUSUH DI DALAM SELIMUT

 
Ini ada satu persoalan yang kemukakan oleh seorang yang mendakwa dirinya penyokong tegar UMNO di satu kumpulan WhatsApp..
 
Tulisnya: “Salam saya hanya melihat perpaduan Melayu.dan Islam. Saya diasuh untuk tidak percaya kepada DAP dan PKR. Saya tidak pernah percaya kepada DAP dan PKR.
 
Sepanjang kempen PRU ini yang dimainkan oleh UMNO bahawa DAP dan PKR adalah musuh. Jadi pastinya saya tidak percaya kenapa tiba-tiba kita baik dengan mereka. Sehinggakan UMNO keluarkan buku untuk menerangkan keburukan DAP dan PKR. Malahan DAP yang dikatakan berasal dari PAP dan keluarga Chin Peng juga dinyatakan dalam buku tersebut. Jadi, bagaimana mungkin tiba-tiba mereka menjadi baik di mata kita.
 
Maka ini di antara jawapan atau komen ahli di dalam kumpulan WhatsApp
 
“Kalau dikatakan PKR dan DAP musuh politik, rasanya PAS dan Bersatu juga musuh politik. Bahkan, PAS lagi lama menjadi musuh politik kepada UMNO.”
 
“Jika hendak dikatakan UMNO keluarkan buku untuk menerangkan keburukan DAP dan PKR, rasanya lagi banyak buku dikeluarkan UMNO dan agensi politik di bawah kerajaan untuk menerangkan keburukan PAS.”
 
“Permusuhan politik antara UMNO dan PAS lagi buruk apabila melibatkan perpecahan sehingga tuduhan kafir, pulau memulau, sembahyang dua imam, berasingan kubur dan macam-macam lagi.”
 
“UMNO hilang kuasa pada PRU14 kepada Bersatu, PKR. Amanah dan DAP. Bersatu dengan kuasa yang ada ingin mengharamkan UMNO. PRK yang membantah UMNO diharamkan. Amanah dan DAP bersedia menyokong PKR agar UMNO tidak diharamkan. Jadi, siapa sebenarnya lebih layak dipanggil musuh politik yang perlu dijauhi?”
 
Kemudian ahli itu menulis: “Ini politik tetapi yang saya terangkan ialah antara musuh Islam dan sahabat Islam.”
 
Lalu dikomen sahabat: “Siapa yang menganggap UMNO saudara seagama, kalau orang PAS sanggup mengkafirkan orang UMNO?
 
“Sahabat Islam tidak akan mengkafirkan sesama Islam. Sahabat Islam tidak akan mematikan pertubuhan orang Islam.”
 
Ada yang mengatakan “letih” dengan keadaan adanya ahli UMNO yang lebih membawa naratif Bersatu.
 
Lalu ada yang meninggalkan komen: “Jangan letih sahabat kerana orang yang hendak merosakkan UMNO tidak pernah berasa letih.”
 
“Sebenarnya dia bukan tidak faham, tetapi buat-buat tidak faham, sehinggalah kita mengikut kehendaknya.”
 
“Musuh dalam selimut dan gunting di dalam lipatan ada di mana-mana.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan