Ceria selalu, perjuangan tetap diteruskan.
Hari ini (08 Julai 2024) ambo keluar kumpulan WhatsApp Skot
Siri 11/93. Kumpulan ini dianggotai pegawai Ambilan Siri 11/93 Kursus Pegawai Graduan
Tentera Darat Malaysia Tahun 1993.
Sebahagian besar Skot Siri 11/93 masih dalam
perkhidmatan dan ada yang sudah bersara, dan ada yang berhenti awal mengikut
Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP) pertama tanpa menyambung perkhidmatan. Ambo seorang daripada yang berhenti setelah TTP pertama, iaitu tujuh tahun.
Skot yang masih berkhidmat kini semua berpangkat sama ada leftenan kolonel, kolonel dan brigedier jeneral. Tunggu yang akan naik pangkat ke mejer jeneral dalam masa terdekat ini, insya-Allah. Tahniah skot.
Kembali kepada mengapa ambo keluar kumpulan WhatsApp Skot Siri 11/93, yang penting bukan kerana merajuk atau bergaduh. Tua-tua ini tidak elok merajuk. Macam budak-budak. Kalau kerana bergaduh, lagilah bodoh. Bodoh tahap gaban jika bergaduh.
Ia berpunca satu hantaran (dimajukan) skot tentang cabaran yang terpaksa dihadapi kepimpinan kerajaan Pusat sekarang bagaimana untuk menangani masalah rasuah dan beberapa isu lain. Tidak adapun komen memburuk-burukkan kerajaan Pusat.
Pada ambo hantaran itu memang baik untuk dijadikan renungan bersama. Bahkan patut dimajukan kepada kumpulan WhatsApp lain.
Tetapi, ada ahli kumpulan kata itu “isu politik” dan tidak elok dikirimkan ke dalam kumpulan untuk menjaga sensitiviti ahli. Itu pun ambo setuju juga. Tambahan pula sebahagian mereka masih dalam perkhidmatan.
Sebenarnya, kumpulan ini memang tidak pernah membincangkan tentang politik secara melulu. Kalau ada yang membuat hantaran, sama ada terus diberi “amaran’ atau tidak ada siapa yang peduli tentangnya. Jadi, hantaran itu akan terhenti setakat itu sahaja.
Hakikatnya, hantaran yang kononnya berbaur politik itu pun sebenarnya tidak layak untuk dikategori sebagai isu politik. Sekadar politik tepi gelanggang. Tidak sebut nama parti pun. Sekadar sipi-sipi dan yang tidak difahami maksudnya secara jelas.
Kembali kepada hantaran tadi, apabila ada yang memberi “amaran” ada pula ahli yang kata boleh bincang politik dalam kumpulan WhasApp. Kalau tidak bincang politik, nanti negara akan dipimpin oleh orang yang tidak selayaknya. Skot itu baharu sahaja menamatkan perkhidmatan. Mungkin baharu kenal politik di luar.
Bab kata boleh bincang politik dalam kumpulan WhatsApp itu ambo tidak kisahpun. Dalam kumpulan WhatsApp itu ambo sekadar menjadi pemerhati sahaja. Jarang sekali buat hantaran. Kalau ada hantaran dibuat, ia dalam bentuk pautan daripada blog.
Dengan kata lain, ambo tidak kisah tentang kandungan kiriman. Tetapi, ambo kisah jika kandungan itu ada tidak disukai oleh ahli lain. Hormatilah pegangan dan pandangan orang lain. Kumpulan WhatsApp itu mengeratkan hubungan, bukannya mewujudkan satu keadaan “tegang”.
Jangan fikir perkara “betul” mesti diterima oleh orang lain. Kiriman yang dikatakan betul itu boleh dikirimkan kepada orang atau kumpulan lain yang suka menerimanya. Jangan paksa orang terima apa yang kita suka, sedangkan perkara itu tidak disukai orang lain.
Untuk mengelak keadaan menjadi “panas” (sebenarnya tidak ada pun kerana tidak banyak yang menjawab - mereka matang dan bijak menilai), ambo terpaksa buat satu “pengorbanan” keluar kumpulan WhatsApp tersebut.
Biar yang lain sedar agar tidak cuba buat main-main dengan perkara tersebut. Akan ada orang terasa (ambo tidak terasapun). Ambo ambil kisah perkara ini kerana pernah ada ahli lain keluar kumpulan WhatsApp kerana sedikit disentuh isu politik. Dan mungkin perkara sama akan berlaku atas dasar betul-betul tidak puas hati.
Sebelum tekan butang “keluar”, ambo buat kiriman ini: “Kalau hendak cakap tentang politik, carilah tempat lain. Boleh bincang 24 jam. Kalau hendak bincang politik di sini, ambo undur diri dahulu. Tuan-tuan boleh bincang sepuasnya.”
Bagaimana atau apa reaksi ahli
kumpulan apabila ambo keluar kumpulan?
Selang beberapa minit selepas keluar kumpulan ada beberapa orang hantar WhatsApp peribadi. Ada yang buat panggilan terus.
Selang beberapa minit selepas keluar kumpulan ada beberapa orang hantar WhatsApp peribadi. Ada yang buat panggilan terus.
Ambo biasa sahaja. Boleh bercakap soal politik dengan skot itu. Kira panjang
jugalah sebelum dia tanya mengapa keluar kumpulan WhatsApp. Soal politik kira pembuka
bicara kerana dia tahu ambo suka politik
Ada yang minta kebenaran untuk masukkan kembali ambo dalam kumpulan WhatsApp Skot Siri 11/93. Dia tulis “kau dah make your point”.
Jadi, tidak sampai 30 minit selepas keluar, ambo dimasukkan kembali menjadi ahli kumpulan WhatsApp Skot Siri 11/93.
Ada yang minta kebenaran untuk masukkan kembali ambo dalam kumpulan WhatsApp Skot Siri 11/93. Dia tulis “kau dah make your point”.
Jadi, tidak sampai 30 minit selepas keluar, ambo dimasukkan kembali menjadi ahli kumpulan WhatsApp Skot Siri 11/93.
Tua-tua ini jangan peduli sangat apa yang orang buat, tetapi pedulikan apa yang kita buat. Apa yang kita buat itu menentukan dosa dan pahala. Ceria selalu. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan