Berhampiran Balai Polis Bertam, Gua Musang
terdapat sebuah kubu konkrit. Banyak orang tidak peduli tentang kewujudan kubu
tersebut dan tidak mengetahui tentang sejarahnya.
Kalau adapun yang menyedari tentang kewujudannya, mungkin banyak yang menyangka ia hanya kubu biasa yang digunakan pihak polis untuk mempertahankan kawasan balai jika ada serangan daripada pihak komunis pada masa dahulu.
Anggapan tersebut sebenarnya salah. Biarpun terletak berhampiran dengan balai polis, pembinaan kubu konkrit tersebut sebenarnya digunakan oleh pihak tentera Inggeris ketika menghadapi kancah Perang Dunia Kedua Dua.
Pembinaan kubu kebal tersebut adalah sebagai pertahanan kemaraan tentera Jepun. Kubu tersebut terletak di atas bukit di penghujung landasan kereta api yang sekarang ini dikenali sebagai Jambatan Kereta Api Bertam yang menyeberangi Sungai Nenggiri.
Dalam strategi untuk menghalang kemaraan musuh, pemilihan kawasan pertahanan amat penting. Antara faktor pemilihan ialah jarak pandangan yang jauh dan jarak tembakan berkesan.
Mengambil kira tentera Jepun yang sedang mara akan menggunakan laluan jambatan kereta api itu, maka ia tempat paling berkesan untuk menembak musuh apabila berada hampir dengan tebing. Keadaan itu akan melengah-lengahkan kemaraan musuh.
Tentera Jepun melakukan kemaraan ke selatan Tanah Melayu melalui paksi landasan kereta api. Pada ketika itu tidak jalan raya dari Kota Bharu hingga ke Gua Musang dan seterusnya ke selatan seperti yang ada sekarang. Jalan dari Kota Bharu hanya sampai ke Kuala Krai. Pengangkutan ke Bertam pada masa itu hanya melalui jalan sungai dan kereta api sahaja.
Jadi, pertahanan di kawasan bukit amat strategik.
Garis masa kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu.
- 8 Disember 1941 – Kemaraan bermula dengan pendaratan Tentera Jepun di Pantai Kuala Pak Amat dan kawasan sekitar pada waktu tengah malam.
- Lapangan terbang Kota Bharu (kini Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) jatuh kepada tentera Jepun pada waktu pagi.
- 9 Disember 1941 – Lapangan terbang Sungai Petani, Butterworth, dan Alor Star ditawan.
- 10 Disember 1941 – Kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu dibahagikan kepada dua pasukan berasingan, dengan satu bergerak ke arah pantai timur menuju Kuantan, dan yang lain ke arah selatan menuju Sungai Perak.
- 11 Disember 1941 – Jepun memulakan pengeboman di Pulau Pinang.
- 12 Disember 1941 – Jitra dan Alor Star jatuh ke tangan Jepun. Pihak British terpaksa berundur ke selatan.
- 17 Disember 1941 – Tentera British yang telah meninggalkan Pulau Pinang lalu diambil oleh Tentera Jepun.
- 26 Disember 1941 – Tentera Jepun terus mara menuju ke arah selatan lalu menawan Ipoh.
- 30 Disember 1941 hingga 2 Januari 1942 – Tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung tiga hari tiga malam sebelum pihak British terpaksa berundur sekali lagi.
- 7 Januari 1942 – Dua pasukan Briged dari Bahagian Infantri India ke-11 telah dipintas dalam Pertempuran Slim River lantas membuka laluan tentera Jepun ke Kuala Lumpur, ibu kota Malaya.
- 9 Januari 1942 – Pihak British yang dalam keadaan terdesak, Panglima Tertinggi ABDACOM (American-British-Dutch-Australian Command), Jeneral Wavell, memutuskan untuk mengundurkan semua pasukan British dan Komanwel ke selatan yakni ke Johor.
- 11 Januari 1942 – Akibat daripada pengunduran tersebut, Kuala Lumpur telah jatuh kepada tentera Jepun tanpa sebarang tentangan.
- 14 Januari 1942 – Tentera Imperial Australia yang bergerak menuju ke utara dari Segamat ke Gemas bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara.
- 15 Januari 1942 – Divisyen Ke-5 Jepun yang merupakan pasukan utama tentera Jepun tiba dan memaksa Tentera Imperial Australia kembali ke Segamat yang dikenali sebagai Pertempuran Muar.
- 17 Januari 1942 – Pihak British mengarah Batalion 2/19 dan 2/29 menyerang balas di Bakri. Operasi tersebut menemui kegagalan apabila tentera Jepun telah melakukan serang hendap sebelum ia bermula.
- 20 Januari 1942 – Pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest.
- 31 Januari 1942 – Seluruh Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan