Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati.
Malaysia Madani merupakan suatu ikhtiar
secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di
Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan
maklum balas rakyat.
Definisi madani: maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (berkenaan masyarakat, generasi dan sebagainya): usaha untuk membentuk masyarakat madani dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu juga terarah kepada pembinaan masyarakat madani (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Madani merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras Madani dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain.
Madani diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.
Misi Madani menetapkan matlamat kita adalah untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan enam nilai Madani melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama
Manakala visi Madani pula menetapkan harapan untuk mencorak masa hadapan Malaysia dengan segala potensi yang ada dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang mengubah dunia, dan bercita-cita mengemudi Malaysia dalam zaman pascanormal yang serba rumit melalui laras bahasa, konsep dan budaya kearifan tempatan.
Enam teras Madani ialah:
Kemampanan - Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.
Kesejahteraan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan
Daya cipta - Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia.
Hormat - Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbedaan pandangan dunia.
Keyakinan - Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Ihsan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan