Sabtu, 31 Ogos 2024

SEJARAH LAPANGAN TERBANG TAIPING

 
Tidak banyak orang tahu ada lapangan terbang di Taiping, Perak yang dikenali Lapangan Terbang Taiping atau atau Lapangan Terbang Tekah. Ironinya, Lapangan Terbang Taiping adalah lapangan terbang yang pertama di Perak, bahkan di Semenanjung Tanah Melayu. Ia dibina pada tahun 1929.
 
Fungsi asas lapangan terbang Taiping adalah digunakan untuk sebuah lapangan terbang komersil untuk penggunaan pegawai British dan para-pedagang dari Eropah. Jadi, ia dianggap lapangan terutama menghubungkan Tanah Melayu dengan negara luar melalui udara.
 
Lapangan Terbang Alor Star juga dibina pada tahun 1929, tetapi Lapangan Terbang Terbang Taiping terlebih dahulu beropeasi. Kemudiannya, beberapa lapangan terbang lain terut dibina seperti di Singapura, Selangor dan Pulau Pinang. Apabila lapangan terbang lain turut beroperasi, Lapangan Terbang Taiping tidak lagi menjadi lapangan terbang utama di Tanah Melayu.
 
Lapangan Terbang Taiping ini hanya membenarkan kapal terbang jenis Fokker sahaja mendarat dan berlepas, ini disebabkan landasan lapangan terbang di sini adalah pendek.
 
Perkhidmatan penerbangan penumpang di Malaya pada zaman kegemilangannya itu telah dilancarkan oleh Wearne Air Services (WAS) dan ia adalah merupakan perkhidmatan penerbangan penumpang yang pertama. Ia juga berguna untuk penerbangan harian ke Taiping yang menghantar surat khabar harian.
 
Dalam lipatan sejarah kemerdekaan negara, Lapangan Terbang Taiping menjadi lokasi pertemuan pemimpin Malaya dengan pemimpin Indonesia untuk membincangkan soal kemerdekaan dan termeterainya Perjanjian Taiping.
 
Beberapa minggu sebelum Jepun mengangkat 'bendera putih' pada Perang Dunia Kedua pada 12 Ogos 1945, lokasi itu menjadi titik pertemuan penting pejuang kemerdekaan, Datuk Seri Dr Burhanuddin Helmy dan rakan sejawat dari Indonesia, Sukarno dan Mohammad Hatta.
 
Dr Burhanuddin hadir pertemuan itu bersama nasionalis, Ibrahim Yaakub. Mereka juga pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan menentang segala bentuk penjajahan British.
 
Melalui pertemuan itu, kedua-dua parti percaya kemerdekaan Tanah Melayu berkait rapat dengan Indonesia. Justeru mereka membincangkan kemungkinan mewujudkan 'Melayu Raya', sebuah gabungan politik membabitkan kedua-dua negara.
 
'Melayu Raya' juga dibentuk bagi merintis penggabungan Malaya dengan Indonesia apabila mencapai kemerdekaan. Di Lapangan Terbang Taiping, mereka menandatangani perjanjian dikenali 'Perjanjian Taiping'.
 
Persefahamannya ialah Malaya dan Indonesia akan bersama-sama mengisytiharkan kemerdekaan pada tarikh yang sama, 17 Ogos dan dalam tahun sama, namun usaha itu tidak menjadi kenyataan.
 
Indonesia berjaya mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, namun Malaya perlu menunggu sehingga 31 Ogos 1957 untuk bebas secara rasmi daripada pentadbiran British.
 
Hari ini, lapangan terbang Taiping ini tidak lagi digunakan untuk penerbangan komersil dan ia telah pun mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan segala jasanya menjadi ingatan dan sejarah.

 

2 ulasan: