Di negara mengamalkan dasar demokrasi seperti
di Malaysia, rakyat bebas untuk menyertai atau menyokong mana-mana parti
politik. Tujuan seseorang menyertai parti politik biasanya bergantung kepada matlamat
peribadi, ideologi, dan keinginan untuk menyumbang kepada perubahan sosial,
ekonomi, atau politik.
Secara dasarnya, politik akan menyatukan sekelompok manusia yang mempunyai ideologi dan perjuangan yang sama. Ahli akan memperjuangkan isu-isu tertentu yang telah digariskan oleh parti dan pemimpin. Apa yang diperjuangkan itu sama ada mengekalkan apa yang telah dimiliki, meneruskan, mengubah atau mendapatkan sesuatu.
Perjuangan itu secara langsung melahirkan rasa cinta terhadap, agama, bangsa dan negara. Mereka ingin memberikan sumbangan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kepada masyarakat berdasarkan pencapaian melalui apa yang diperjuangkan.
Untuk itu, dalam memilih parti politik perlu mempertimbangkan untuk memilih parti yang benar-benar mencerminkan prinsip dan matlamat yang ingin diperjuangkan.
Namun, bagi sesetengah individu, menyertai parti politik untuk mendapat atau mencapai kepentingan peribadi dalam bentuk kepuasan diri, kekayaan, kedudukan dan penghormatan diri.
Mereka yang mempunyai matlamat sedemikian sanggup melakukan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan hukum agama, prinsip parti, undang-undang negara dan nilai-nilai kemanusiaan.
Parti sepatutnya menyatukan ahli-ahli, sebaliknya mencipta musuh termasuk sebelum itu adalah rakan baik. Disebabkan cita-cita politik yang songsang, banyak individu tidak dapat membezakan antara sahabat dan musuh, asalkan matlamat diri tercapai.
Sebab itu ada yang sanggup mengkafirkan saudara seagama kerana berlainan ideologi politik, memutuskan hubungan persaudaraan, taasub membabi buta dan macam-macam perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Hal tersebut menyebabkan orang ramai memandang “jijik” dan buruk terhadap parti. Maka, ada individu yang menjauhkan diri daripada aktiviti parti sehingga merugikan individu, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan