Ahad, 2 Februari 2025

KEJADIAN IKUT HUKUM ALAM

 
Allah SWT berkuasa menentukan apa sahaja yang Dia inginkan terjadi. Tiada perkara mustahil bagi Allah SWT. Dia penguasa alam.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". (Surah al-Baqarah, ayat 137)
 
Namun, dalam apa yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah menepati sunatullah (hukum alam yang menuruti hukum fizik) yang telah Dia tetapkan.
 
Samalah dalam hal berkaitan kebakaran. Jika sesuatu objek atau benda itu terkena api, maka terbakarlah ia seperti mana hukum alam. Tidak kiralah apa benda itu, termasuk masjid yang dilambangkan sebagai rumah Allah.
 
Begitulah nasib dialami Masjid at Taqwa, Los Angeles yang hangus dijilat api. Masjid ini telah didirikan sejak akhir 1970-an tidak meninggalkan sebarang sisa akibat dibaham api marak yang melanda kawasan berkenaan. Sebanyak 10 buah rumah ahli kariah yang berhampiran juga turut hangus musnah.
 
Ya tidak mustahil jika Allah SWT berkuasa memelihara, namun ia bukan hujah bagi kebenaran agama ini. Islam tetap tinggi dan satu satunya agama yang diterima Allah SWT sama ada ada masjid yang tetap berdiri atau musnah dijilat api atau dibadai tsunami.
 
Agama ini bukan agama magik. Hal berkaitan Islam tetap berlaku tertakluk kepada sunatullah. Mukjizat hanya berlaku pada zaman Nabi dan satu satunya mukjizat yang kekal hingga kiamat ialah al Quran.
 
Itupun mukjizat itu bukan secara fizikal. Kalau al-Quran dibakar, ia tetap terbakar. Bahkan, ia dikoyak dan dipijak oleh bukan Islam, ia tidak dapat mempertahankan secara fizikal oleh al-Quran itu sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan