Tarikh 19 Jun 2026 mencatat sejarah baharu buat Segamat
apabila Tren Kargo No. 3175 TN dari Port Klang telah selamat tiba di destinasi
akhirnya iaitu di Pelabuhan Darat Segamat (Segamat Inland Port - SIP).
Perkhidmatan ini menandakan satu lagi perkembangan positif dalam sektor
logistik dan pengangkutan rel di daerah ini.
Sebelum ini SIP dianggap sebagai “rumah hantu” kerana berdepan dengan pelbagai
masalah termasuk kekurangan jumlah kontena, selain masalah kekurangan kemudahan
infrastruktur.
Kembalinya pengoperasian SIP menjadikan ia pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi serta aktiviti perdagangan di daerah Segamat.
Semoga perkembangan ini membuka lebih banyak peluang pelaburan, pekerjaan dan
memperkukuhkan lagi kedudukan Segamat sebagai hab logistik penting di selatan
tanah air.
SIP berperanan menjadi taman industri sekitar yang
beroperasi sebagai pusat pemunggahan kargo laut ke destinasi pedalaman.
Pelabuhan masuk bersepadu antarabangsa untuk pemunggah kargo yang ditawarkan
oleh SIP benar-benar menghubungkan dunia.
SIP membolehkan pemunggahan kargo dan kontena ke dan dari mana-mana sahaja
untuk perdagangan di seluruh dunia. Ia juga mampu menghubungkan setiap pengirim
ke lebih 120 negara dan 500 pelabuhan di seluruh dunia.
SIP ini boleh melahirkan sehingga 3,000 peluang pekerjaan bagi penduduk
tempatan di daerah Segamat.
Selain itu, ia akan membuka lebih banyak potensi ekonomi,
termasuk pelaburan dari dalam dan luar negara serta menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan pada masa depan.
Kredit pemilik gambar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan