Ahad, 28 Jun 2026

STATUS KITA SEMAKIN TUA

 
Status kita semakin tua apabila ada anak, cucu, cicit berkahwin dan melahirkan zuriat seterusnya. Kita menjadi datuk apabila anak berkahwin dan ada anak. Apabila sudah bergelar datuk, statu tua itu bertambah.

Kalau cucu pula telah berkahwin dan ada anak, kita juga mendapat status ketuaan yang bertambah. Kalau sebelumnya dipanggil datuk, kini digelar moyang pula.

Satu gelaran ketuaan yang jarang disebut ialah undan iaitu apabila seseorang itu telah mendapat genarasi dari cicit atau cicitnya telah ada anak.

Biasanya kita tidak sempat digelar undan ketika masih hidup, melainkan umur panjang dan keturunan pula berkahwin muda dan cepat dapat anak.

Susunan Keturunan Ke Bawah (Dari atas ke bawah)
- Anak (Generasi Pertama)
- Cucu (Generasi Kedua - Anak kepada anak)
- Cicit (Generasi Ketiga - Anak kepada cucu)
- Piut (Generasi Keempat - Anak kepada cicit)
- Oneng-oneng (Generasi Kelima - Anak kepada piut)
- Piat (Generasi Keenam)
- Miat (Generasi Ketujuh)
- Antah (Generasi Kelapan)

Susunan Keturunan Ke Atas (Nenek Moyang)
- Ibu / Bapa
- Datuk / Nenek
- Moyang
- Undan
- Poyang
- Canggah
- Piut (Terdapat variasi setempat di mana piut digunakan sebagai generasi yang sangat tua)

Gambar -  Meraikan perkahwinan cucu saudara. Lepas ini ambo akan mendapat status moyang. Tanda ketuaan yang meningkat. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan