Selasa, 14 Julai 2026

AKU KASIH MALAYSIA

 
Aku Kasih Malaysia. Satu inisiatif patriotisme dan kenegaraan di bawah kelolaan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang berada di bawah Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Matlamat utamanya adalah untuk memupuk semangat cintakan negara, memantapkan perpaduan nasional, dan menyemarakkan aspirasi Malaysia MADANI.

Antara pengisian utama program dianjurkan AKM merangkumi penghayatan sejarah dan Perlembagaan Negara. Para peserta program akan diingatkan tentang sejarah pembinaan negara yang meliputi cabaran dan jatuh bangun, serta kejayaan yang telah dicapai.

Peserta juga diberi kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan dengan menekankan beberapa perkara yang mempunyai kaitan besar bagi kefahaman sebagai warganegara Malaysia.

Ia juga menekankan kapada aspirasi Malaysia MADANI dengan menerapkan nilai-nilai teras seperti kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, rasa hormat, keyakinan, dan ihsan.

Selain itu terdapat aktiviti yang tersimpan di sebaliknya nilai-nilai untuk difahami dan diamalkan dlam kehidupan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan