Dapat kerja di mana, bila bersara. Dua pertanya yang biasa
kita dengar apabila dua sahabat bertemu pada zaman berbeza.
Dapat kerja di mana, adalah pertanyaan selepas tamat
persekolahan atau pengajian tinggi. Itulah perkataan yang biasa keluar di mulut
ketika bertemu.
Saling mengucapkan tahniah apabila mengetahui sahabat dapat
kerja, lebih-lebih lagi jika dapat pekerjaan yang dipandang hebat dan menjamin
masa depan yang cerah.
Apabila usia telah memasuki 50-an, pertanyaan yang biasa
ditanya pula ialah bila bersara? Biarpun tahu umur persaraan maksimun perkhidmatan awam ialah 60
tahun, namun ada yang mengambil keputusan berhenti awal.
Kalau bekerja awam atau kerajaan, biasanya selepas umur 55
tahun sudah banyak yang memilih bersara awal. Hendak menikmati hidup tanpa
bebanan tugas berkaitan pekerjaan.
Kalau pegawai tentera, tamat tempoh perkhidmatan adalah mengikut pangkat.
Banyak orang yang bergembira dan menyambut tarikh persaraan.
Hilang segala beban kerja, kata mereka. Ada yang mengadakan kenduri kesyukuran
menyambut tarikh persaraan.
Apa pun, selamat bersara kepada mereka yang telah tiba
masanya meninggalkan alam pekerjaan yang selama ini menjadi punca rezeki dan
telah banyak memberi pengalaman hidup.
Selamat bersara kepada Lt Kol Muzafar bin Mansor (3005923), gambar atas duduk sebelah kanan dan gambar bawah duduk dalam kereta.
Tempoh 33 tahun dalam perkhidmatan tentera tentunya banyak kenangan manis dan pahit yang mendewasakan kehidupan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan