Selasa, 29 September 2026

TINGGAL DUA ENAM JAHANAM MASIH BERKHIDMAT

 
Tinggal dua Enam Jahanam masih berkhidmat. Pada 1 Mei 1993, enam graduan mengangkat sumpah taat setia sebagai pegawai tentera berpangkat leftenan dan ditempatkan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Kenam-enam pegawai muda berpangkat leftenan ditempatkan di 25 RAMD untuk menjalani latihan orentasi sebelum mengikuti Kursus Pegawai Graduan Siri 11 di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi.

Ketika itu, mana-mana calon pegawai yang layak ujian dan temu duga akan terus ditauliahkan sebagai pegawai tanpa mengikuti latihan terlebih dahulu. 

Mereka akan ditempatkan di pasukan atau unit tertentu untuk menunggu jumlah pegawai ‘cukup’ untuk diadakan satu siri latihan.

Disebabkan jumlah enam orang, maka mereka digelar Enam Jahanam. Bukan menjahanamkan atau merosakan, tetapi sekadar gelaran sempena filem arahan P Ramlee, Enam Jahanam.

Enam Jahanam tersebut ialah:
- Lt Mohd Faishal Mat Isa (3005916)
- Lt Lokman Ismail (3005917)
- Lt Azlan Mohamad (3005921)
- Lt Muzafar Mansor (3005923)
- Lt. Ahmad Hafizal Hashim (3005924)
- Lt Mohd Haryzal Ismail (3005925)

Pada 1 Mei 2000 dua Enam Jahanam menamatkan perkhidmatan setelah tamat tujuh tahun. Mereka ketika itu berpangkat kapten iaitu Mohd Faishal bin Mat Isa dan Lokman bin Ismail.

Empat Enam Jahanam meneruskan perkhidmatan dan menerima kenaikan pangkat selayaknya. Namun, dua yang berpangkat leftenan kolonel menamatkan perkhidmatan apabila tamat tempohnya iaitu Azlan bin Mohamad dan Muzafar bin Mansor.

Kini, tinggal dua Enam Jahanam yang masih dalam perkhidmatan iaitu Brig, Jen Ahmad Hafizal bin Hashim dan Kolonel Mohd Haryzal bin Ismail. Mereka masih berbaki beberapa tahun lagi sebelum menamatkan perkhidmatan.

Biarpun, nama gelaran nampak macam buruk, namun itulah identiti Enam Jahanam yang masih berhubung antara satu sama lain biarpun telah menamatkan perkhidmatan.

Gambar - Mohd Haryzal (kiri),  Ahmad Hafizal (kanan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan