Pos operasi keselamatan di Seliku, Sabah. Pos Seliku (atau
Saliku) terletak di Pagalungan, Pensiangan, Daerah Nabawan, Bahagian Pedalaman,
Sabah. Kedudukannya berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia.
Kawasan ini amat sinonim dengan Pos Gabungan Bersama (GABMA)
Seliku, iaitu sebuah pos kawalan sempadan keselamatan strategik yang
menempatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Tentera Nasional
Indonesia (TNI) bagi mengawal sempadan darat Malaysia-Indonesia.
Pos keselamtan ini terletak kira-kira 9 kilometer ke arah
barat daya dari pekan lama Pensiangan, berdekatan dengan kawasan sempadan
Kalimantan, Indonesia.
Pos ini menjadi pangkalan operasi kawalan keselamatan
(seperti Op Balasah) bagi mengekalkan kedaulatan negara dan membendung aktiviti
rentas sempadan yang menyalahi undang-undang.
Gambar - Tentera Indonesia dan Malaysia menjalankan
operasi bersama.
Gambar - sekadar hiasan.
Kredit - gambar Kosmo.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan