Brigedier Jeneral Mohd Haryzal bin Ismail.
Haryzal merupakan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) daripada cabang perkhidmatan Tentera Darat (TD).
Beliau menyertai tentera pada 1 Mei 1993 melalui Skim
Pegawai Graduan dan ditauliahkan dengan pangkat leftenan dalam Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD).
Mengikuti kursus Pegawai Graduan Siri 11/93 dari 24
September 1993 hingga 30 April 1994 di Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Sungai
Besi.
Beliau melapor diri di unit pertama iaitu Batalion Kedua
Puluh Empat Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) sebagai ketua platun selepas menamatkan
latihan di MTD.
Beliau yang berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam (ITM
Melaka) menjadi pegawai memerintah di Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu
Diraja (10 RAMD).
Dalam perkhidmatan beliau mengikuti pelbagai kursus yang antara
lain melayakan dianugerahkan Sarjana Pengajian Pertahanan Dan Strategik oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui program kerjasama strategik dengan Maktab
Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).
Beliau adalah Fellow di Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Antara jawatan lain yang pernah disandang ialah Ketua Staf
Markas 1 Divisyen, Pengarah Sekretariat Markas TD, PSK kepada PAT, Pengarah Sekretariat Markas ATM dan Pengarah Operasi Domestik
J3, Markas Angkatan Bersama.
Dinaikkan pangkat ke brigedier jeneral dalam satu majlis
pemakaian pangkat pada 26 Oktober 2026 dan akan menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah Perancang Strategik Markas ATM.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan