Khamis, 29 Oktober 2026

KAWAN DARIPADA UNIT DI SABAH 1995

Kawan daripada unit di Sabah 1995.

Banyak kawan terpisah dan tidak ditemui lagi. Contohnya mereka di dalam gambar ini. Hilang dan tidak pernah berhubung. Tidak dengar khabar.

Mereka ini meneruskan perkhidmatan dalam tentera, sedangkan ambo hanya tujuh tahun sahaja.

Biasanya, kawan-kawan dalam perkhidmatan akan sering bertemu dalam kursus, latihan bersama, di tempatkan di pasukan atau formasi sama dan sebagainya.

Kerana ambo berhenti, maka tidak ada peluang untuk bertemu mereka. Dahulu, tidak ada telefon bimbit untuk dapatkan nombornya.

Di mana mereka sekarang. Gambar ini diambil pada tahun 1995 ketika transit di Lapangan Terbang Labuan dari Kota Kinabalu menuju ke Sibu menggunakan kapal terbang TUDM. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan