Isnin, 2 November 2026

PERKARA BAIK AKAN DIKENANG DAN DIHARGAI

 
Perkara baik akan dikenang dan dihargai.

Dalam tentera, cara didikan agak berbeza. Keras dan tegas itu perkara biasa. Bukan hendak mendera atau membuli, tetapi satu pendekatan untuk melahirkan anggota yang berdisiplin serta mahir dalam aspek tugas yang dipertanggungjawabkan.

Ada anggota tidak boleh terima dan tidak kurang juga akan dikenang dan dihargai apa yang pernah dilalui. Anggota yang menerima baik pengalaman itu akan mengingati detik dan ketika yang memberi kesan positif.

Di sini dicatatkan pengalaman veteran tentang seseorang pegawai (Kolonel Taufan - pangkat tahun 2026) yang diingati telah menjadikan dia anggota tentera yang berjaya sehingga pangkat tertinggi bagi lain-lain pangkat (LLP) iaitu Sarjan Majer Rejimen (SMR).

Tulis Shahrol Asnoor di FB (telah diolah untuk memudahkan kefahaman pembaca yang bukan di kalangan tentera, tanpa mengubah maksud asal):

Teringat aku masa baru melapor di 9 RAMD (Para). Tubuhnya kurus kering, masa tu aku baru sampai di padang kawad, kami berlari dari MP belakang Kem Terendak dengan pikul beg sehingga padang kawad 9 RAMD (Para).

Setelah SMR mengambil kekuatan dan melapor ke susuk tubuh kurus kering (Taufan - jawatan ajutan) dan dia pula melapor kepada penolong pegawai memerintah, susuk tubuh kering berlari menuju ke sebelah kanan perbarisan dan berhenti di hadapan platun kami iaitu soldadu muda (sekarang dipanggil perajurit muda (PM).

Aku pendekan cerita. Habis Pegawai Memerintah, Leftenan Kolonel, Ismet Nayan bin Ismail dan pegawai lain keluar baris, ajutan terus berlari di hadapan kami, lalu memberi arahan tekan tubi.

Dengan pantas kami melakukan kedudukan seperti yang diarahkan. Apabila siap kami semua berdiri.

Beliau bersuara: "Woi soldadu, kau orang tahu aku ni nama sape? Kami semua tengok nama di baju tertulis "Taufan". Kami semua menjawab, "Taufan tuan".

"Kau orang soldadu muda, jangan buat masalah. Faham! Nama aku pun anggota dah gerun. Sekali lagi aku kata kau orang jangan buat masalah. Faham soldadu muda?".

Walaupun bapa dia bergelar datuk dan pegawai tinggi tentera (Ghazali bin Ibrahim - bersara pangkat mejar jeneral), Taufan tidak sombong. Boleh duduk bersama-sama LLP.

Tetapi, saya tetap hormat pangkat dan perjawatan. Ia tidak bermakna hilang hormat walaupun boleh duduk sekali,

Sebelum boleh duduk sembang, kena dulu..latihan askar ni... Bila terlintas di hadapan markas pasukan atau waktu PT (latihan fizikal) pagi. Hahah terbaiklah tuan. Zaman ini mengadu aje... dapat la dengan ajutan.

Tahniah tuan di atas permakaian pangkat leftenan kolonel ke kolonel. Nasihat tuan dan didikan semasa saya berada di 9 RAMD (Para), saya berjaya menamatkan perkhidmatan 26t hahun di bawah naungan 10 Briged (Para).

Pangkat terakhir saya SMR ke-22 Batalion Kelapan Belas (18 RAMD Para) dan sekarang bergelar veteran.

Bila ingat kembali didikan tuan, kalau hendak dibandingkan dengan PM sekarang yang masuk unit jauh bezanya. Zaman dah berubah.

Semoga tuan dipermudakan segala urusan dan selamat maju jaya di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan