Taufan ganti Haryzal di Markas Angkatan Bersama (MK AB).
Kolonel Taufan bin Ghazali dilantik sebagai Pengarah Operasi
Domestik J3, Markas Angkatan Bersama (MK AB) setelah dinaikkan pangkat daripada
leftenan kolonel kepada kolonel dalam satu majlis pemakaian pangkat yang
diadakan pada 26 Oktober 2026.
Beliau menggantikan Brigedier Jeneral Mohd Haryzal bin
Ismail yang ditukarkan ke Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Ketua
Pengarah Perancang Strategik Markas ATM.
Taufan pernah bertugas di MK AB sebagai Pegawai Memerintah
Kem MK AB yang berpangkalan di Kuantan, Pahang.
Beliau menyerahkan tugas tersebut kepada penggantinya pada 5
Ogos 2024 dan bertukar keluar ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di
Johor. Di PULADA, beliau memegang jawatan penting sebagai Ketua Bahagian Tadbir
dan Logistik.
Haryzal dinaikkan pangkat daripada kolonel kepada brigedier
jeneral dalam majlis pemakaian pangkat yang sama dengan Taufan, seterusnya
dilantik sebagai Ketua Pengarah Perancang Strategik, Cawangan Perancangan
Stratergik, Bahagian Perancangan Pertahanan, Markas ATM.
Haryzal mengambil jawatan tersebut yang dikosongkan oleh Brigedier
Jeneral Ahmad Hafizal bin Hashim yang bertukar keluar menjadi Panglima 13
Briged, Lahad Datu, Sabah.
Hafizal menggantikan Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Sing
Indra Singh pada 13 Oktober 2026 yang akan bersara.
Haryzal dan Hafizal adalah dua daripada geng yang dikenali
Enam Jahanam sejak 1993 ketika mengikuti orentasi di Batalion Kedua Puluh Lima
Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) di Kem Tapah, Perak.
Selamat menjalankan tugas di tempat baharu kepada
pegawai-pegawai kanan yang terlibat.
Gambar - Haryzal (kiri), Taufan (kanan)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan