Satu
keistimewaan Lailatul qadar dikaitkan malam di mana al-Quran diturunkan. Kelebihan
al-Quran diturunkan pada malam Lailatulqadar mempunyai kaitan bahawa kedua-duanya
satu anugerah yang hebat.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada
malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa
memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (Kami
menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu
dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta
ketetapan yang bakal berlaku (surah al-Dukhan, ayat 3-4).
Al-Quran menjadi anugerah mukjizat kepada umat Nabi Muhammad SAW yang terus berkekalan sepanjang masa. Sedangkan, mukjizat yang dimiliki para nabi lain sekadar wujud semasa hayat nabi berkenaan.
Betapa
hebat umat Nabi Muhammad memiliki al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang
masa. Firman Allah SWT dalam ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk
bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk dan perbezaan (antara yang
hak dan batil).”
Hal ini telah dinyatakan di
dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan
(al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau
mengetahui kebesaran lailatul qadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling
baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun
dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya
pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit
fajar" (surah al-Qadr, ayat 1-5).
Dalam ayat di atas, Allah SWT secara jelas telah menerangkan berkaitan penurunan al-Quran pada malam al-Qadar. Ini merupakan bukti jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam lailatul qadar yang tiada tolok bandingannya.
Dalam ayat di atas, Allah SWT secara jelas telah menerangkan berkaitan penurunan al-Quran pada malam al-Qadar. Ini merupakan bukti jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam lailatul qadar yang tiada tolok bandingannya.
Oleh yang demikian, Allah SWT
telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan
menepati malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka
itu melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.
Maksud Allah menurunkan
al-Quran pada malam Lailatulaqdar ialah diturunkan dari Lohmahfuz ke Bait
al-Izaah di langit dunia secara keseluruhannya. Dari Bait al-Izaah, ayat
al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW oleh Jibrail
selama 23 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan