Malam Lailatulqadar cukup istimewa kerana
‘nilai’ disamakan dengan 1,000 bulan atau lebih 83 tahun. Sesiapa
melakukan ibadat dan kebaikan pada malam itu disediakan ganjaran sama seperti
dia melakukannya berterusan selama 1,000 bulan.
Justeru, ganjaran malam Lailatulqadar perlu
direbut setiap muslim yang berusaha menempatkan dirinya pada kedudukan lebih
baik di sisi Allah SWT. Amat beruntunglah sesiapa yang mendapat keberkatan
Lailatulqadar.
Anugerah Lailatulaqadar hanya diberikan
kepada umat Nabi Muhammad SAW. Daripada Anas meriwayatkan sebuah hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada
umatku Lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat-umat sebelum mereka."
(Hadis riwayat Ad-Dailani).
Anugerah itu berkaitan dengan para sahabat
yang mengadu bahawa mereka tentu tidak dapat menandingi ibadat umat nabi-nabi
terdahulu yang usia mereka hingga ratusan tahun. Sedangkan usia umat Nabi
Muhammad SAW sekadar 50 hingga 70 tahun sahaja. Rasulullah SAW wafat pada
usia 63 tahun.
Dengan adanya malam Lailatulaqadar, peluang
beribadat lebih ‘lama’ dapat dicapai oleh umat Nabi Muhammad SAW. Malah
jika seseorang itu berulang-ulang kali mendapat Lailatulqadar sepanjang
hidupnya, maka bertambah-tambahlah kebaikan yang dikumpulkan untuk dibawa
mengadap Allah SWT di akhirat nanti.
Sebuah hadis menjelaskan mengenai
keberkatan Lailatulqadar yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan
qiam dengan penuh keimananan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampuni
baginya dosanya yang lalu, dan sesiapa yang melakukan qiam pada malam
Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah,
akan diampuni dosa mereka yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari).
Rebutlah peluang menambah pahala dengan
memperoleh Lailatulqadar. Lipatgandakan ibadat secara melakukan ibadat khusus
dan ibadat sunat lain. Setiap ibadat dilakukan diniatkan untuk mendapat
keredaan Allah.
Sesungguhnya ibadah qiamullail merupakan kegemaran Rasulullah
SAW dan para sahabat Baginda. Saidatina Aishah pernah berkata: "Janganlah
kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam
keadaan duduk.
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang
menghidupkan malam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran,
diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu" (hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
Dalam peristiwa yang lain, telah diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar al-Khattab mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam.
Dalam peristiwa yang lain, telah diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar al-Khattab mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam.
Kemudian beliau mengejutkan keluarganya supaya mendirikan solat
dengan berkata: "Solat, solat" sambil membaca ayat 132 daripada surah
Taha yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan
bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,
malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah
bagi orang yang bertakwa".
Sewajarnya teladan yang ditunjukkan oleh Rasullullh SAW dan para sahabat Baginda dalam menghayati bulan Ramadhan dan sepuluh malam terakhir Ramadhan dijadikan pedoman kepada seluruh umat Islam pada hari ini.
Sewajarnya teladan yang ditunjukkan oleh Rasullullh SAW dan para sahabat Baginda dalam menghayati bulan Ramadhan dan sepuluh malam terakhir Ramadhan dijadikan pedoman kepada seluruh umat Islam pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan