Isnin, 19 Februari 2018

Program Jualan Sentuhan Rakyat Tanjung Mas

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan asas sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Kota Bharu di Taman Uda Murni, Tanjong Mas.

Program yang digerakkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri bersama agensi kerajaan dan swasta itu mendapat sambutan hangat.

Pengarah DUN Tanjung Mas, Madihah Abd Aziz berkata, program ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam merasai denyut nadi rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kita berusaha menjayakan program ini bagi membantu ringan beban rakyat ,saya harap rakyat tidak salah tafsir dengan program ini memandangkan banyak dakwaan negatif yang timbul.

“Melalui program ini, jelas rakyat dapat menikmati jualan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran dan ia amat membantu penduduk di kawasan ini, “ katanya.

Tambahnya, rakyat perlu memahami persekitaran ekonomi semasa yang mana peningkatan kos sara hidup bukan kerana peningkatan harga semata-mata, tetapi perubahan gaya hidup yang memperlihatkan banyak perbelanjaan wujud dalam lingkaran hidup masyarakat sekarang berbanding pada masa dahulu.

"Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi berusaha untuk membantu rakyat, tetapi pada masa sama rakyat juga perlu bijak berbelanja kepada keperluan penting sahaja," ujarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan