Walaupun,
kemudahan internet diperkenalkan dan dimajukan oleh bukan Islam, perkara itu
tidak menghalang untuk umat Islam menggunakan untuk kebaikan Islam. Apa yang
penting ialah umat Islam tidak menyalahgunaan kemudahan itu. Kita perlu tahu
membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Antara
kemudahan yang boleh dimanfaatkan melalui kemudahan internet ialah menyampaikan
dakwah dan ilmu yang berguna.
Dakwah merupakan usaha menyampaikan maklumat yang
dapat membantu orang lain lebih mengenali Islam, melakukan kebaikan dan
menjauhkan perkara buruk.
Perintah
untuk berdakwah terbuka kepada seluruh umat Islam seperti sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: "Sampaikan daripada
aku walaupun satu ayat." (Hadis riwayat Bukhari)
Tugas
itu tidak sukar untuk dilakukan jika kita benar-benar faham mengenai keperluan
dakwah. Dalam dunia alam siber, kita tidak perlu pergi berjumpa dengan sesiapa
untuk menyampaikan hal-hal kebaikan. Memadai dengan memiliki komputer atau
gajet telekomunikasi yang tertentu, kita sudah mampu menjalankan tugas
tersebut.
Ini
membuktikan Islam tidak menolak kemajuan, bahkan menggalakkan agar digunakan
sepenuhnya. Kegiatan dakwah melalui alam maya boleh diaplikasikan dalam
pelbagai bentuk seperti melalui melalui laman sosial, laman web dan blog.
Laman
sosial seperti facebook umpamanya, mudah digunakan untuk menyampaikan sesuatu
yang baik melalui status masing-masing.
Tulislah apa-apa yang membawa maksud baik biarpun sekadar beberapa patah
perkataan. Contohnya 'Islam Itu Indah'. Biarpun hanya tiga patah perkataan,
maknanya amat mendalam.
Bagi
mereka yang lebih mahir dan mempunyai komitmen lebih tinggi untuk berdakwah di
alam siber, mereka boleh membuka blog yang khusus mengenai ilmu agama. Banyak
perkara yang boleh ditulis dan dibincangkan di blog masing-masing.
Sesiapa yang
mampu melaksanakan tanggungjawab ini hendaklah dia melakukan sebagai
melaksanakan fardu kifayah.
Kata Imam Nawawi
(meninggal 676H): “Sesungguhnya menyuruh kepada makruf dan mencegah dari
munfkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur
kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah sesiapa
yang mampu melakukannya tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan