Umat
Islam tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mendapat ganjaran pahala yang
berterusan dengan berkongsi ilmu dengan orang lain seperti mana sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud: "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus
kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan
anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadis riwayat Muslim).
Peluang
menyebarkan ilmu melalui internet memberi kesempatan untuk kita memperoleh lebih
banyak kebaikan kerana orang yang membacanya lebih banyak dan masa yang lebih
lama. Tambahan, tidak ada sekatan atau kelayakan khusus untuk kita berdakwah
melalui laman maya.
Masa
yang anjal dan boleh dilakukan di mana-mana saja memberi kelebihan bagi mereka
berdepan dengan kengkang masa untuk berdakwah melalui laman maya. Apa yang
penting ialah kandungan ilmu yang disebarkan itu dimasukkan di dalam talian dan
ia boleh dibaca bila-bila masa oleh orang lain.
Penyebaran
dakwah melalui laman maya bukan bermakna kaedah konvensional seperti di
sekolah, surau atau masjid tidak lagi releven. Hakikatnya, fungsi tempat
menimba ilmu atau medium asal tidak terhenti dengan adanya laman maya. Malah,
kaedah yang sedia ada mempunyai kelebihan tersediri yang tidak terdapat jika
belajar melalui amalan maya.
Penyebaran
dakwah melalui laman maya hanya satu altenatif dan mengikut perubahan semasa. Ia
bertujuan untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak sempat untuk menghadiri
kelas agama secara formal. Selain itu ia menghimpunkan pelbagai cabang ilmu
yang ingin diketahui dan daripada pelbagai sumber.
Banyak
kelebihan lain yang boleh dimanfaatkan terutamanya untuk menarik perhatian
golongan sasar seperti orang muda yang kehidupan seharian mereka lebih banyak
dihabiskan di alam maya. Justeru, pendakwah mesti mengambil kesempatan ini
untuk menyampaikan dakwah secara lebih berkesan dan menyeluruh kepada golongan
sasar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan