Jumaat, 20 Disember 2019

MAKSUD POLIGAMI DAN ORIGAMI

Bunyi macam sama, tetapi sebenarnya jauh berbeza. Yang sama hanya 'gami' untuk empat abjad terakhir. Abjad di hadapan tidak sama. Satu 'poli' dan satu lagi 'ori'. Maka terbentuklah 'poligami' dan 'origami'

Definisi poligami: amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama; berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama. 

Definisi origami: seni lipat kertas (berasal dari Jepun) untuk membuat objek hiasan yang berbentuk seperti manusia, binatang dan sebagainya. 

Kerana dua perkataan itu membawa maksud yang jauh berbeza, maka berhati-hati apabila menyebut atau mengeja perkataan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan