Selasa, 31 Disember 2019

LONG TAN LONG YUNUS RAJA GALAS

Long Tan merupakan putera Long Yunus, Yang di Pertuan Negeri Kelantan (1765 - 1795). Nama penuh baginda ialah Long Tan bin Long Yunus bin Long Sulaiman.

Baginda dikurniakan gelaran Raja Temenggong Aria Pahlawan. Baginda mempunyai empat orang putera iaitu Tuan Kota (Tengku Senik), Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad Kedua), Tengku Long Nik Gagap (Tengku Sri Indera) dan Tengku Tuan Bongsu (Raja Muda Penambang)

Sewaktu Sultan Muhammad I memerintah Kelantan daripada tahun 1801 sehingga 1836, baginda telah membahagikan kawasan pemerintahan dengan menyerahkan kawasan Galas, Ulu Kelantan kepada Long Tan dan melantiknya sebagai raja pemerintah di situ.

Kawasan Galas yang dimaksudkan ialah kawasan jajahan Gua Musang sekarang ini. Pusat pemerintahan adalah di Gua Musang.

Baginda Long Tan bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus hal ehwal seperti memunggut hasil cukai, pencegahan aktiviti jenayah, membuka tanah-tanah kebun dan sebagainya.

Semasa pemerintahan baginda, Galas begitu makmur dan sejahtera. Rakyat hidup aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan