Kerja
gotong-royong bermaksud melakukan sesuatu kerja secara bersama-sama tanpa dibayar
upah. Amalan kerja gotong-royong menjadi teras kepada kekuatan masyarakat pada masa
dahulu.
Pada
masa dahulu kerja-kerja pertanian, membersihkan kawasan, membuat rumah, kenduri
kendara dan sebagainya dilakukan secara gotong-royong.
Aktiviti
gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah
amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk.
Bak
kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan
tebing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan
rakyat.
Namun,
amalan gotong-royong semakin lenyap dan dilupakan. Kerja-kerja yang dahulunya dilakukan
secara gotong-royong kini dilakukan oleh pekerja yang diupah atau dibayar gaji.
Jika adapun pihak ingin menghidupkan atau menganjur kerja gotong-royong, penglibatan agak terhad kepada pihak penganjur sahaja. Penduduk di sekitar tempat kerja gotong-royong tidak turut serta dan menganggap itu tidak melibatkan mereka biarpun hasil kerja itu memberi kebaikan kepada mereka.
Pihak
jabatan, swasta, NGO mahupun mahasiswa sering mengadakan kerja-kerja gogong-royong
di kampung atau tempat terpilih sebagai satu usaha membatu dan menghidupkan kembali
amalan yang menjadi sendi dalam masyarakat dahulu, tetapi malangnya sambutan daripada
penduduk setempat tidak baik.
Maka,
jadilah kerja gotong-royong itu sekadar melibatkan pihak penganjur sahaja. Keadaan
itu bukan sahaja menggagalkan maksud kerja gotong-royong itu, tetapi mematahkan
semangat dan keikhlasan pihak penganjur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan