Pengurusan jenazah merupakan satu kewajipan
yang harus dilaksanakan kepada setiap mayat Muslim tanpa mengira jantina, umur
dan pangkat sebagai satu penghormatan kepada mayat tersebut, selain sebagai
satu proses pembersihan dan penyucian daripada sebarang kekotoran.
Terdapat 4 langkah yang perlu dilaksanakan menurut tertib dalam pengurusan jenazah:
Terdapat 4 langkah yang perlu dilaksanakan menurut tertib dalam pengurusan jenazah:
- Memandikan jenazah
- Mengkafankan jenazah
- Mensolatkan jenazah
- Mengebumikan jenazah.
Dalam keadaan kes kematian akibat kebakaran yang mana mayat tersebut hanya tinggal abu sahaja atau kebakaran teruk, maka tatacara pengurusannya adalah sedikit berlainan.
Dalam keadaan kes kematian akibat kebakaran yang mana mayat tersebut hanya tinggal abu sahaja atau kebakaran teruk, maka tatacara pengurusannya adalah sedikit berlainan.
Abu tersebut perlu dikumpulkan dan dibungkus
dengan kain kafan, dan ditayammumkan sebagai ganti kepada mandian ke atas mayat
biasa. Kemudian disolatkan serta dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Atau
jika tidak memungkinkannya, maka hanya dikafankan sahaja.
Disebut dalam kitab Hasyiyah al-Baijuri,
sebuah kitab fiqh mazhab Syafie, di mana mayat yang mati dan hangus terbakar,
perlu diuruskan seperti biasa. Cuma bezanya hanya cuma harus ditayammum ke
atasnya dengan menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti
kepada mandian.
Hal ini kerana mayat yang terlalu uzur akibat
terbakar jika dimandikan dibimbangi akan hancur dagingnya.
Justeru, ini boleh juga diqiyaskan kepada abu
mayat yang telah dibakar, kerana adalah tidak munasabah untuk dibasuh abu
tersebut dengan air menurut kaedah biasa.
Pendekatan ini bersesuaian dengan kaedah fikah
yang menetapkan "perkara yang tidak boleh dibuat kesemuanya, maka
janganlah ditinggalkan semuanya".
Memandikan mayat merupakan salah satu
kewajipan dalam pengurusan jenazah. Maka dalam rangka memenuhi kehendak nas
syarak, tuntutan memandikan jenazah dilaksanakan mengikut kemampuan jika tidak
ditayamumkan dan jika tidak dikafankan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan