Rabu, 8 Januari 2020

Operasi helikopter Nuri ditamatkan


Operasi 12 helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah ditamatkan, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Beliau berkata, pesawat berkenaan yang berusia 50 tahun terlalu uzur untuk beroperasi malah kos penyelenggaraannya terlalu mahal.

“Jika TUDM ada duit sekalipun untuk membeli peralatan selenggara Nuri, ia memakan masa yang lama iaitu antara sembilan bulan hingga ke 18 bulan untuk memperoleh alat ganti.

“Selain itu, TUDM mempunyai perancangan untuk menggantikan pesawat berkenaan tetapi ia masih di peringkat penilaian,” katanya.

Ackbal berkata, setakat ini beberapa jenis helikopter sudah dikenal pasti untuk menggantikan Nuri sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

Pesawat Nuri itu pernah beberapa kali mengalami nahas termasuk terhempas dan mendarat cemas sejak tahun 1991.

Antaranya terhempas pada tahun 2010 di Sintok Kedah, pada tahun 2016 di Tawau Sabah dan Butterwoth, Pulau Pinang tahun yang sama manakala yang terbaharu pesawat itu melakukan pendaratan cemas pada Ogos 2019 di Kem Gubir, Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan