Jika anda berkunjung di penempatan orang Cina
di Tumpat pada musim hampir perayaan Tahun Baharu Cina tiba, anda akan melihat
tempayan tergantung. Kedudukan tempayan tergantung itu tentu menarik minat
orang melihatnya untuk mengetahui kegunaannya.
Kegunaan tempayan tergantung itu sebenarnya
adalah sebagai pemberat untuk menarik tuil ke bawah supaya menekan guni yang
diisi dengan cecair beras pulut yang dikisar.
Apabila ditekan, air akan keluar dari
bahagian guni dan tinggal beras yang dikisar. Beras terpaksa dicampur dan
direndam dengan air sebelum dikisar supaya ia betul-betul hancur.
Supaya air betul-betul keluar sepenuhnya,
maka proses menekan perlu dilakukan selama beberapa jam.
Persoalnnya, mengapa mesti menggunakan
tempayan sebagai pemberat. Rasanya lebih mudah jika menggunakan batu atau kayu
sebagai ganti tempayan. Tempayan mungkin pecah jika terjatuh.
Penggunaan tempayan adalah tradisi yang ada
alasan tersendiri. Ramai tidak mengetahui mengapa digunakan tempayan.
Penyediaan atau proses mengeringkan beras
pulut yang dikisar itu adalah sebahagian proses membuat kuih bakul secara
tradisional. Sekarang ini kebanyakan kuih bakul menggunakan tepung beras pulut.
Membuat kuih bakul perlu melalui proses mengukus.
Cara tradisional mengukus kuih bakul paling baik ialah menggunakan kayu api batang
pokok rambutan.
Proses mengukus untuk menghasilkan kuih bakul
berkualiti dan tahan lama mengambil masa sehingga selama 20 jam. Semakin lama proses
mengukus dilakukan, lagi elok.
Namun, kalau ingin setakat masak, proses mengukus
sudah memadai dilakukan sekitar lima jam hingga lapan jam sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan