Nasi
Kerabu merupakan makanan tradisional popular yang berasal dari negeri Kelantan.
Namun, sekarang ini makanan ini bukan sahaja digemari orang Kelantan malah
seluruh rakyat Malaysia.
Banyak kedai makanan atau restoran menjual nasib
kerabu di seluruh negara memandangkan permintaan yang tinggi terhadap makanan
itu.
Dinamakan
nasi kerabu kerana antara ramuan utama ialah hirisan sayur dan ulam seperti
daun samak, serai, timun batang, salad dan sebagainya mengikut cita rasa
masing-masing.
Turut
dijadikan perisa dalam penyediaan nasi kerabu ialah sambal kelapa yang digoreng,
tumis dan budu.
Asalnya
nasi kerabu dianggap satu menu ketika ketiadaan lauk. Sudah memadai denga
bahan-bahan di atas.
Satu
lagi yang menarik nasi kerabu pada masa dahulu ialah warna nasi kebiruan yang dihasil
menggunakan warna bunga telang atau menjadi hijau pekat jika menggunakan daun mengkudu.
Namun,
sekarang ini nasi kerabu bukan calang-calang makanan. Macam-macam jenis
tembahan untuk menyedapkan rasa.
Pada
peringkat awal penambahan ialah ikan celup tepung goreng. Itu kira sudah dikira
tambahan yang 'mewah'. Kemudian ada pula yang memasukkan telur masing sebagai penyedap
rasa selain bawang putih jeruk dan solak.
Namun
sekarang ini selera semakin berubah. Yang lebih terkenal dan menjadi syarat melariskan
jualan nasi kerabu ialah mesti ada daging lembu atau daging ayam bakar.
Malah, sekarang
sudah banyak yang menawarkan daging kambing bakar sebagai lauk dimakan bersama nasi kerabu.
Sebab
itu, hidangan nasi kerabu tidak lagi dianggap untuk menggantikan lauk. Sebaliknya
lauk sudah menjadi sebahagian daripada nasi kerabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan