KUALA
LUMPUR, 26 November 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri bin
Yaakob menyempurnakan majlis penerimaan replika cek daripada penyumbang untuk
Kempen Tabung Pahlawan 2020 dan juga Tabung Zakat Yayasan Veteran bertempat di
foyer Kementerian Pertahanan di sini hari ini.Sebanyak
enam syarikat korporat yang telah bermurah hati memberi sumbangan kepada warga
veteran ATM bagi membantu meringankan beban serta menghargai setiap pengorbanan
yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan mereka bersama perkhidmatan ATM.
Cek
dan jumlah sumbangan kepada KTP diterima dari syarikat-syarikat korporat
seperti berikut :
1.Yayasan
Al Bukhary berjumlah RM1 juta.
2.Spanco
Sdn Bhd berjumlah RM500,000.00.
3.Minetech
Resources Sdn Bhd berjumlah RM400,000.00.
4.Usima
Sdn Bhd berjumlah RM150,000.00.
5.Lembaga
Tabung Angkatan Tentera berjumlah RM100,000.00.
6.NADI
berjumlah RM100,000.00.
Pada
majlis ini juga, Menteri Kanan Pertahanan turut menerima sumbangan bagi Tabung
Zakat Yayasan Veteran ATM. Antara penyumbang adalah seperti berikut;
1.
Koperasi Tentera berjumlah RM450,000.00 bersama mesin dialisis berharga
RM80,000.00.
2.
Affin Hwang Investment Bank berjumlah RM250,000.00.
3.
Desatera Sdn. Bhd. berjumlah RM100,000.00.
Kementerian
Pertahanan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang Kempen Tabung
Pahlawan dan penyumbang Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM pada hari ini.
Sumbangan
ini jelas membuktikan keprihatinan dan tanggungjawab syarikat-syarikat korporat
dalam menjaga kebajikan mereka yang memerlukan. Ia juga satu manifestasi
penghargaan di atas pengorbanan dan jasa bakti para Veteran yang menjaga
keselamatan dan kedaulatan negara selama ini.
Kepada
individu serta syarikat korporat yang ingin menghulurkan sumbangan, layari
portal rasmi Kempen Tabung Pahlawan 2020 di pautan https://tabungpahlawan.jhev.gov.my/derma.
FB:
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan