Seorang
nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan. Malangnya
tangkapan ikannya selalu tiada.
Hanya
menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada
ikan yang tersangkut.
Beberapa
kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia
tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.
Pada
suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang
tersangkut. Beberapa kali dicuba, namun tiada.
Namun,
dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. Lalu, Allah mentakdirkan
seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya. Alangkah gembiranya melihat ikan
besar itu.
Sambil
menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan
itu.
Akan
aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang. Kepada jiranku juga harus
diberikan. Selebihnya barulah aku jualkan.
Demikian
nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang
begitu sukar diperoleh.
Malangnya,
ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat
ikan besar yang baharu diperoleh nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya
mendapatkan ikan tersebut dari nelayan.
Sudah
tentu nelayan itu sangat keberatan.
Setelah
merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh
raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran.
Dengan
angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga
daripada apa yang dikehendakinya.
Maka,
ikan itupun dibawa pergi.
Bergenang
air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya
dirampas.
Kepada
siapa hendak dia mengadu..?
Hanya
kepada Allah Tuhan yang satu.
Dia
pun menadahkan tangan dan berdoa.
Sementara
raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana
segera masakan ikan itu. Ikan sebesar itu dia seorang saja yang makan.
Malangnya,
beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh.
Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu
disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya.
Lama
kelamaan mula bernanah.
Tabib
istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki
raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh
carikan ubat untuk sakitnya.
Namun
ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan. Beberapa hari
kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah
merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak
merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia
sayangkan kakinya.
Dia
memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal. Seorang tabib dari luar
di bawa. Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa
penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong
betis, ia akan merebak ke atas lagi. Ketika itu, akurlah sang raja.
Lantas
betisnya itu pun dipotonglah.
Raja
sangat sedih atas kehilangan betisnya. Namun, kesedihannya tidak tamat di situ.
Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda
gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah.
Keadaan
ini membuatkan raja sangat hairan. Lalu, raja memanggil seorang ulama dan
bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.
"
Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.
"Seingat
beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.
"Cuba
Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu
tetap dengan rumusannya.
Maka,
ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal
ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan.
Ketika
dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya
seekor ikan..
"Perkara
kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu
mengingatkan.
Raja
itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.
"Apa
yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada
nelayan itu.
"Saya
tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.
"Ceritakan
terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan
menenangkan nelayan yang ketakutan itu.
Akhirnya
nelayan itu pun berkata, "Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu
berdoa..."
"Apa
doamu?", soal raja
Nelayan
pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata, “Ya Allah,
sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku... Maka tunjukkanlah kekuasaan-Mu ke atasnya”.
-TAMAT-
Ibnu
Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Muadz ke Yaman dan Baginda berkata
kepadanya, “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut
tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”. (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Janganlah
kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa, kerana kezaliman itu membawa akibat
penyesalan.
Kamu
boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga, dia berdoa ke atasmu
dan mata Allah tidak pernah lena.
Petikkan
Dari Ustaz Ahmad Nasir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan