Isnin, 1 Februari 2021

CUCUK IKAN GUNA BATANG MEMPELAS

Ada satu istilah iaitu cucuk ikan yang bermaksud berderet rapat. Cuba lihat gambar. Itu ikan yang cucuk. Kedudukannya berderet-deret dan dapat-rapat.

Pada masa dahulu, orang pergi menjala, memukat, memancing, menahan taut dan sebagainya, biasanya tidak membawa bekas untuk dimasukkan ikan.

Sebaliknya, ikan itu akan dicucuk dengan menggunakan batang daun mempelas, iaitu sejenis pokok yang menjalar tetapi batangnya berkayu. Kayu mempelas kuat dan boleh digunakan untuk mengikat.

Ikan akan dicucuk dengan cara mengopek bahagian insan dan seterusnya dicucuk terus keluar ikut mulut ikan. Kedudukan ikan yang dicucuk kepalanya di bahagian atas dan ekor di bawah.

Selain menggunakan batang mempelas, batang lain yang biasa digunakan ialah batang pokok keduduk yang ada cabang atau cagak untuk menahan ikan daripada terlurut jatuh. Kulit rotan dan kulit pokok bemban juga digunakan untuk mencucuk ikan.

Ikan yang dicucuk biasanya tidak akan tercicir kerana bahagian insan tidak mudah terkopek, terutamanya ikan puyu, ikan keli dan ikan haruan.

Perbuatan mencucuk ikan masih dilakukan di kalangan mereka yang tahu cara itu. Bagaimanpun, bahan yang digunakan untuk mencucuk ikan kini lebih kepada tali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan