Bekas
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi
mempertikaikan kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
yang mendakwa kes COVID-19 naik sebab orang ramai gagal patuhi SOP penjarakkan
fizikal.
Fuad
dalam catatan di akaun FBnya dengan tajuk ‘MENTERI SALAHKAN RAKYAT?” turut menyatakan
bagaimana mahu melakukan penjarakkan fizikal di kilang dan tapak pembinaan? SOP
kena jelas. Apakah mereka perlu guna pakaian PPE di tempat kerja.
Tambahnya,
itu (sebab) kluster tempat kerja yang menjadi lubuk jangkitan COVID paling
tinggi. Soalnya semasa PKP kenapa sektor ini dibenarkan beroperasi. Sepatutnya
dipantau ketat.
Politik
ada hadnya. Jangan hendak dipolitikkan semua perkara. Tambah-tambah lagi ketika
negara berdepan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat kes sejak kebelakangan
ini.
Rasanya
kenyataan Ismail Sabri yang mendakwa kes COVID-19 naik sebab orang ramai gagal
patuhi SOP penjarakkan fizikal, bukan berniat “salahkan rakyat”. Itu adalah
fakta.
Tentu
tidak logik untuk Ismail Sabri menyatakan perkara sebaliknya. Itu tidak patut
dilakukan. Kalau tidak dinyatakan perkara yang benar, itu sudah salah. Menteri
kerana bercakap benar. Itu yang rakyat inginkan.
Berkata
yang benar bukan bermakna hendak menyalahkan rakyat. Biar rakyat tahu sebab
mengapa Covid-19 terus merebak. Dengan maklumat itu, rakyat boleh mengambil
langkah penjarakan fizikal dengan lebih ketat.
Berkaitan
SOP tempat kerja, perkara itu telah diadakan. Semua perkara berkaitan tempat
kerja telah diperincikan, termasuk arahan agar setiap majikan perlu membuat
ujian calitan kepada pekerja warga asing yang menjadi penyumbang utama kepada
jumlah yang dijangkiti Covid-19.
Semasa
PKP 2.0 banyak sektor dibenarkan beroperasi kerana ia bagi mengimbangi
keperluan aspek ekonomi dan kesihatan. Kita tidak mahu rakyat mati akibat
Covid-19, dan kita juga tidak mahu mereka mati kerana tidak makan.
Untuk
meminimakan kesan jangkitan atau klaster tempat kerja, kerajaan membuat
pemantauan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
Sebanyak
16 notis penambahbaikan dan 50 surat arahan diserahkan kepada majikan kerana
tidak patuh kehendak perundangan berkaitan PKP dikeluarkan Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Tindakan
itu dilakukan hasil pemeriksaan terhadap 104 kilang menerusi Operasi GLOVE yang
dilancarkan sejak 18 Januari lalu. Operasi tertumpu kepada industri yang memiliki
bilangan pekerja yang ramai dan berisiko tinggi.
Majikan
yang gagal mematuhi notis yang dikeluarkan boleh dikenakan tindakan di bawah
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 yang juga memperuntukkan penalti
berjumlah RM50,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.
Sepanjang
pemantauan dilakukan, 90 % majikan industri pembuatan dan perkilangan patuh SOP
di tempat kerja.
Selain
mematuhi SOP yang ditetapkan, majikan juga bertanggungjawab untuk
menyediakan kediaman pekerja yang kondusif termasuk memastikan pekerja sentiasa
mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19.
Daripada sibuk menyalahkan kerajaan, elok semua pihak memainkan peranan
masing-masing bagi menghentikan wabak yang sudah genap setahun merebak di
negara kita.
Ingat,
Covid-19 tidak kenal siapa kita. Di kalangan pemimpin, tidak kira yang berada
dalam kabinet, ahli parlimen mahupun ADUN, pemimpin parti mana sekalipun, kaya
mahupun miskin, jadi majikan atau kuli, kalau tidak mematuhi SOP bakal berdepan
ancaman Covid-19.
Menyalahkan
pihak lain tidak bermakna kita yang betul. Kita mungkin lebih salah dan teruk
berbanding pihak yang disalahkan itu.
Kalau
mengatakan pihak lain gagal, ingatlah kepada kegagalan kita ketika diberikan
tugas melaksanakan sesuatu misi penting pada masa dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan